8.3.14

cita-cita

Setiap daripada kita ada cita-cita yang tersendiri. Ketika kecil, skop cita-cita mungkin bergantung kepada kerjaya untuk masa hadapan. Bila umur bergini atau sudah mula mengenal dunia, skop cita-cita kita mungkin berubah; mahu menjadi qudwah hasanah, mahu berdakwah hingga ke negara china, mahu menjadi wanita muslim malaysia pertama ke bulan, mahu hentikan world hunger. atau apa-apa sahaja yang skopnya lebih meluas. bukan sekadar datang kerja untuk makan gaji seumur hidup. mungkin.


Cita-cita saya sejak remaja mahu belajar sejarah dan seni (art and history). Saya mahu bercakap mengenai sejarah tamadun dunia dengan mempunyai 'authority' di dalam subjek itu. menelaah di universiti dan mendengar pendapat di kalangan cendekiawan tentang teori populis sejarah-sejarah tertentu dunia. Saya percaya dunia umumnya dan malaysia khususnya sangat dahagakan perspektif sejarah yang tidak skeptikal dan bebas. History is written by the winners - Winston Churchill.


Saya juga bercita-cita mahu mengembara seluruh dunia. dan aktiviti itu sudah pun bermula (dengan sangat perlahan atas faktor duit dan masa) pada tahun 2009; perjalanan 9 hari daripada kota jakarta ke bandung. Namun, sayangnya saya tidak dokumentasi kan aktiviti itu sedangkan memori hampir-hampir lupus, hanya gambar yang tinggal sebahagian memori. Tahun 2013 saya menjelajah Seoul dan Pulau Jeju. Saya berkira mahu menulis pengalaman itu disini namun semangat tinggal suam-suam kuku. semoga beroleh semangat agar pengalaman itu boleh menjadi panduan kepada ramai.

Ah, tiada siapa yang boleh mengehadkan seberapa banyak cita-cita yang dimahukan. apa yang penting, kita mampu bergerak untuk menggapai setiap cita-cita itu. cepat atau lambat itu tidak penting. ada nenek mendapat sarjana di usia 60 tahun, kita yang muda mentah apatah lagi. pfft. jadi jangan teragak-agak merangka masa hadapan. hidup ini pendek, manfaatkan ia sepenuhnya.