23.11.15

The hormones

It doesnt suppose to feel this way. But it did, today. It hurts so much. Woman as many aware of, will be experiencing that emotional turmoil once a month due to the hormons. As a woman myself, I support that statement. I definitely cant control it everytime it happened. And it did, every freaking month.

I''m rambling. I just want to pour my heart out. It may makes me feel better knowing that someone stranger out there will read this and understand me.

Cause it hurts so much. Heart shattering. And the hormones, that's the culprit.

10.11.15

Kurus

Antara banyak-banyak azam, saya secara konsisten setiap tahun, bulan, detik dan ketika berazam untuk kurus. Tetapi saban tahun, berat saya semakin meningkat bukan sebaliknya. Saya paling kurus di awal tahun universiti dan berat saya naik mendadak di tahun kedua. Sejak itu saya berazam untuk kurus namun tak pernah berjaya.

Orang kata, badan 'sihat' tanda bahagia. heh.

Jadinya saya tak pernah betul-betul bersungguh untuk kurus. Dulu saya tidak percaya dengan konotasi yang kita harus diet untuk kurus. Saya banyak bersenam namun tidak menjaga makan. Rupa-rupanya ingin kurus 80% perlu menjaga diet pemakanan dan 20% bersenam.

Ada orang mendapat motivasi untuk kurus di hari persandingan. Saya mencuba tapi tak berjaya. Motivasi tidak cukup kuat. Persetan kurus, kata saya. Paling penting aku sihat. Namun sekarang saya mendapat bahananya. Saya mula rasa takut dengan kesihatan diri.

Di usia masih muda, dada terasa ketat sesekali. Kaki kebas sesekali. Kepala selalu pusing. Jujurnya saya takut. Saya mahu mencuba secara bersungguh-sungguh untuk kurus kali ini. Ya, 10kg sahaja untuk mendapat berat badan ideal.

Doakan saya kuat. Doakan saya mampu menebus azam yang hampir 10 tahun saya kejar.