30.6.11

Sesuatu rambang


Ada dua sebagai pembahagi. Hukum kira-kira, separuh dicampur separuh menjadi satu. Namun separuh durian dicampur separuh tembikai tidak menjadi sebiji durian mahupun tembikai. Hukum kira-kira rigid begitu tak terpakai disini.


Itulah kehidupan. Inilah manusia. Ragamnya terlalu pelbagai sehingga kau kabur dengan apa reaksi yang harus kau berikan. Jika kau menuduh orang itu bias, bagaimana pula dengan kau sendiri?


Ada satu manusia pernah merungut yang dia diskriminasi kerana tidak bertudung. Dia skeptikal dengan gadis bertudung seperti saya kerana katanya nanti dia akan dihakimi. Saya diam, tidak mahu berbahas. Lalu sekelompok gadis bertudung labuh menghampiri saya, bercerita rancak memburukkan manusia yang tidak lengkap menutup aurat. Rancak sungguh bercerita sehingga terjuih-juih mulut mengata akan dosa-doa manusia lain sampai terlupa dosa mengumpat sendiri.


Lalu saya merumuskan, manusia semuanya sahaja. Dua dua pihak saling menghakimi dan tuduh menuduh. Semuanya termasuk saya tertipu dengan doktrin pemikiran sendiri.


Hari hari saya harus mengendali karenah manusia sehingga saya menjadi bingai sendiri. Akhir akhir ini genetik marah kembali menjentik. Setelah lama memujuk diri menjadi manusia sabar, akhir ini saya kehilanganya. Bagaikan membuak-buak rasa itu ingin keluar.


Oh Tuhan, tetapkanlah hati ini untuk terus diselubungi ketenangan dan kesabaran.

27.6.11

Spontan

sekarang rasa sangat tepu dengan semua benda yang baru terjadi. Workload yang banyak dan sleepless night selama hampir 7 hari. Bila tiba-tiba semuanya dah berakhir, sekarang blur dengan dunia. Nak siapkan kerja lain pun terbantut. Masih tercangak-cangak depan komputer.


Bukan rindukan workload yang banyak tapi masih dalam fasa membiasakan diri. Otak tak boleh nak terjemahkan segalanya dalam bentuk ayat bila semua perasaan bercampur baur.


Mungkin lain kali. Kita bercerita lagi di lain hari.

18.6.11

Skeptical minded


After Nur Kasih the series, I havent watch any malay series much. Unlike most people, I love Nur Kasih the series when I accidentally watched the first episode at home. I like the cinematography but most importantly the scripts and it makes me wondered who possibly wrote such scripts with those beautiful dialogues. Most malay series or movies that I ever watched had crappy scripts and this particular series is different from the skeptical mind of me towards local film industry.


However as times goes by, more people watched the series and most of them watched it because of the love story between Adam-Nur Amina. Well, I choose to differ. As for me, Nur Kasih is about a brother (Aidil) who never gave up to show his younger brother (Adam) the path of Islam. The final scene of this series shows this brother-hood relationship though the whole series were stressed more on Adam - Nur relationship.


This series somehow show the true characteristic of a Dai'e should have; a constant effort towards his mad'u. And the most important people that we should be doing dakwah is indeed to our own family.