30.12.11

Review: Ombak Rindu


Baru sahaja lepas menonton filem Ombak Rindu. Akhirnya, setelah begitu lama menunggu, saya berjaya juga menonton cerita ini. Novelnya dulu saya baca ketika masih di bangku sekolah. Ya, ianya hanyalah satu novel picisan. Namun ketika membesar, hormon cintan cintun sangat kuat sehingga novel picisan inilah membuai-buai perasaan gadis-gadis di bangku sekolah.


Saya menonton cerita ini hanya demi memuaskan nafsu zaman sekolah tatkala saya membayangkan susuk wajah Izzah, Hariz mahupun Mila. Saya tidak sedikit pun berharap ada apa-apa hikmah dari cerita ini. Saya harus memuji pembuat filem ini kerana sebenarnya filem ini tak terlalu lari daripada cerita asal dari novel.


Cuma filem bergerak dengan lebih laju berbanding novel kerana filem perlu menarik momentum penonton untuk terus menonton selama lebih 2 jam sedangkan novel mempunyai isi monolog yang lebih perlahan untuk penghayatan.


Pengarah, Osman Ali pandai memetik babak-babak pendek tapi penting untuk dimuatkan di dalam filem ini. Tiada satu babak, memek muka, reaksi atau dialog yang tidak mempunyai signifikan di dalam filem ini. Itu satu pujian yang harus diberikan kepada pengarah kerana banyak sungguh filem-filem melayu yang memuatkan babak-babak yang tidak relevan di dalam filem semata-mata mahu menonjolkan elemen kelakar atau sekadar mahu memanjangkan cerita.


Saya berpuas hati dengan keseluruhan filem walaupun cuba untuk menepis habuk-habuk dari masuk ke dalam mata. Pujian diberikan juga kepada pelakon-pelakon kerana lakonan yang mantap terutama sekali Maya Karin. Eksperesi mukanya yang kosong kadang-kadang mengundang rasa emosi kepada penonton.


Apapun, selamat menonton semua!

27.12.11

Masquerade


I've been a little bit busy these past few weeks. hehe. Not THAT busy but yeah, I have a stack of to do task in my list. Hopefully everything can be done on time. Though I'm a last minute person, but at least I try my best to do everything by my own. May Allah will help me through.


Anyway, in this panic hour I didnt want to be too focus on works and neglecting everything else in life because in the end of the day, we will only remember good memories not the hectic schedule. So, I spared some time to be with the girlfriends.


Alhamdulillah, we had a really good time. We had masquerade party just among the girls in celebration of our friendship through out the years and also a birthday of our dear friend. I enjoy this little time that I had with them. I know, that some months afterwards, I will miss them dearly.

25.12.11

Luahan hati

Dunia maya banyak mengajar saya untuk mengawal perasaan marah saya secara peribadi. Saya jujur mengaku yang saya mempunyai genetik cepat marah secara semulajadi. Saya mudah terasa 'annoying' dengan perangai-perangai manusia yang tidak munasabah dan saya setiap hari cuba untuk tidak mudah naik marah.


Perasaan untuk kawal marah setiap masa tak senang sebenarnya. Bila kita pilih untuk pendam semua rasa marah instead of lashing it out to the people, sangat sangat sangat sangat susah. Kadang-kadang rasa je nak tulis rasa marah di facebook atau blog tapi sampai hari ni, saya masih cuba bertahan.


Kadang-kadang bila dah tertulis di facebook, cepat-cepat je delete bila rasa marah reda sedikit. Sebabnya, saya taknak sakitkan hati sesiapa walaupun orang tu sakitkan hati saya. Bila kita sakitkan hati orang, nanti orang lain sakitkan hati kita.


Tapi kali ini sedikit exceptional sebab ada seorang hamba Allah yang saya tak suka sejak pertama kali kenal. Saya tak benci dia tapi mungkin antara saya dan dia tak pernah ada tarikan kimia sebagai kawan. the worst part, semua orang sukakan dia kecuali saya. hahahaha.


Semua perkara buruk terjadi dalam hidup saya sekarang adalah sebab dia. Betapa saya harap dia tahu semua ni. Betapa saya harap dia hilang dan tak pernah wujud dalam hidup saya. Betapa saya harap dia tak jadi penyibuk dengan hubungan saya dengan orang lain.


I wish, my dear, I wish deeply. But that's not the case. It hurts so much to put a barrier and distance to your own bestfriend just because of a single person. It hurts so bad that I wanted to cry.