10.1.11

Bahasa Melayu I

Orang kata cinta itu buta. Love is blind. Maksud sama, tak kesahlah melayu tiru orang putih atau orang putih tiru melayu. It works both way.


Tapi, itulah pernyataan paling klise bila sebut tentang cinta. Budak-budak darjah enam yang baru baligh pun tahu pernyataan ni.


Bila bercinta, gunung yang tinggi melangit nampak setinggi busut je. Laut yang dalam macam lopak air celah longkang. Harimau yang bengis nampak macam anak kucing. Gajah pun macam semut, ikan paus apatah lagi, macam anak ikan bilis terus.


Cinta tu membuatkan rupa yang buruk nampak lawa. Bau badan macam air longkang tapi bau macam perfume Burberry Touch. Orang bodoh nampak pandai. Orang miskin nampak kaya. Orang yang kurang ajar nampak sopan santun. Bilamana kena pukul dengan lelaki pun, rasa macam kena geletek je. Tak percaya, dengarlah lagu Eminem feat. Rihanna, Love the way you lie.


Ini semua penangan cinta. Selagi kita tak kena, kita tak boleh bayang macam mana penangannya pada kita. Mungkin lagi teruk. Tak siapa yang tahu.


Jadi, bersederhanalah dalam bercinta kerana cinta utama hanya milik DIA. Cinta bukan untuk ditunjuk-tunjuk, bukan untuk dipamer-pamer. Sifat hati itu sendiri tersembunyi dan cinta itu adalah hasil luahan hati. Kalau cinta harus diterjemahkan melalui kata-kata nan manis atau rupa yang menawan, pasti si buta dan si pekak bisu takkan pernah jatuh cinta.


Cinta itu unik, semua orang dapat merasainya. Tanpa hati, siapa kan mampu bernafas lagi?


"Orang kata cinta itu buta. Tapi saya kata cinta membuatkan kita boleh melihat jauh dalam hati. Cinta tak perlukan mata, tak perlukan telinga. Cinta cuma perlukan hati."


Ihsan: Keabadian Cinta

1 comment:

chunk (◕‿◕✿) said...

Kadang2 cinta boleh menghilangkan akal fikiran..leka dengan nafsu