1.8.11

Marhaban ya Ramadhan!

Alhamdulillah, hari ini sudah pun masuk bulan ramadhan. Lebih tepat, waktu maghrib semalam. Kepada yang tak tahu, hari dalam Islam bermula selepas maghrib. Bersyukur sebab Allah masih bagi peluang untuk bertemu dengan ramadhan. Semoga sebulan ini menjadi satu bulan tarbiyah untuk menghadapi 11 bulan berikutnya.


Tadi pergi cari selipar selepas selipar sebelum ni terputus tali. Masuk je kedai tu, bergema lagu raya. and I was like; eh, bukan ke baru 1 ramadhan? ternampak juga banner yang tertulis selamat hari raya. Again; bukan baru 1 ramadhan ke? Jom fokus dengan bulan ibadat ni berbanding beriya-iya nak menyambut raya. Mungkin, inilah ramadhan terakhir kita semua.


okaylah, kejap lagi dah nak masuk waktu berbuka. Selamat menyambut bulan ramadhan!

2 comments:

Mohaimin Mokhlis said...

kasut aku rosak
aku p beli kasut baru
org kedai kate, 'kasut raya ke?'
lol

Tg.A said...

hehe. tu la. tapi yg tu acceptable lg la. ni yg gantung banner selamat hari raya memang xleh blah. hehe.