24.11.11

Hati

Istiqamah adalah antara suatu perkara yang susah nak buat. Istiqamah bukan macam buat kuih ye adik adik. Istiqamah adalah keupayaan diri untuk melakukan sesuatu kebaikan secara tetap dan berkala. Contohnya istiqamah untuk bangun solat subuh, puasa sunat hari isnin dan sebagainya. Kadang-kadang bila dah pulun buat masa bulan Ramadhan, selepas raya balik ke perangai asal.


Istiqamah tu susah tapi tak bermaksud kita kena berputus asa.


***

Apa perasaan kita bila barang yang kita sangat sayang, rosak angkara orang lain? Apa perasaan bila sesuatu yang kita nak, menjadi milik orang lain?


Kecewa bukan? Sila bayangkan barang yang kita sayang gila-gila atau nak gila-gila ye, bukan barang yang separa sayang. Mesti rasa kecewa tahap dewa. Nak tak nak, mesti rasa nak mengadu kat seseorang dan menangis.


Tapi kalau seseorang tu tak ada disisi, seseorang yang kita panggil sebagai kawan baik contohnya tak ada untuk dengar kekecewaan tu, apa perasaan? Kekecewaan pasti semakin bertambah bukan? Selagi kita letak pengharapan dengan sesama manusia, kita akan selamanya terasa lemah. Sebab manusia itu fana, letaklah pengharapan kepada yang abadi.


Bila kita kecewa dengan manusia, ingatlah Allah tak pernah kecewakan kita.

No comments: