16.2.12

Najwa Latif

Saya memang menentang apa sahaja rancangan yang mengeksplotasi kanak-kanak seperti Bintang Kecil atau Tom Tom Bak (just to name a few). Kanak-kanak atau remaja kebanyakannya masih dibawah pengaruh ibu bapa dan mereka yang lebih dewasa. Apa sahaja kesilapan yang berlaku adalah dibawa tanggungjawab penjaga kerana kanak-kanak dan remaja masih tidak berfikiran matang dalam membuat keputusan.


Itu sebabnya saya sedih melihat Najwa Latif. Saya sebenarnya tidak mempunyai apa-apa agenda berkaitan anak remaja ini. Cuma lagunya yang bertajuk 'Cinta Mukabuku' betul-betul mengecewakan. Dia barangkali mempunyai suara yang bagus dan bakat mencipta lagu (walaupun melodinya kedengaran seperti lagu gitar kapak tepi pantai) namun liriknya betul-betul membuat saya loya. Dia hanya berumur 16 tahun tapi berbicara soal cinta? Walaupun liriknya ditulis oleh kakaknya yang mungkin berumur 20-an tapi apa layak seorang budak berumur 16 tahun menyanyikan lagu cinta? dan facebook?


Lebih membuatkan saya kecewa bila di dalam satu temubual dia mengakui sangat mengagumi Justin Bieber dan berharap menjadi sepertinya. Justin Bieber? Budak yang menyanyikan lagu mengenai perang dan keganasan kononnya tapi tidak tahu tentang peperangan yang berlaku di saentero dunia? Saya boleh memaafkan Bieber bila dia 'tidak tahu' mengenai Jerman tapi isu semasa? pffft. I have every right and reason not to like him.


Saya berharap Najwa Latif adalah berbeza dan menunjukkan kepintaran seorang gadis Malaysia remaja yang berpendidikan dan bertudung tapi lagu-lagunya menunjukkan sebaliknya. Kalau 'ikon' remaja kita hanya boleh bercakap mengenai cinta, apa lagi tinggal untuk generasi akan datang? Mereka inikah yang kita harapkan untuk menerajui negara di masa depan?


Ibu bapa zaman sekarang terlalu tergila-gilakan populariti. Anak kecil dipakaikan baju orang dewasa dan dibawa ke pentas untuk menyanyi. Sedangkan yang betul-betul berbakat hanyalah 1% tetapi mereka disogok dengan pujian seolah-olah mempunyai suara yang sedap dan aura yang hebat di pentas. Kenapalah anak-anak ini tidak dihantar ke kelas muzik contohnya dan berharap menjadi ahli muzik sehebat Beethoven yang pekak itu? Kenapa mereka semua terlalu gilakan anak untuk menjadi Justin Bieber yang menjadi kegilaan para gadis sedangkan bakatnya sekadar suam-suam kuku.


Saya berharap bakat suara dan bermain gitar yang ada pada Najwa Latif atau anak-anak kecil lain digunakan sebaiknya. Tanggungjawab adalah dibahu ibu bapa untuk mencorakkan hidup dan memberi panduan arah yang terbaik kepada mereka. Bidang nyanyian atau muzik bukan seharusnya sekadar populariti tetapi ia mengenai seni dan ilmu. Tanpa ilmu, bidang ini hanya akan dimonopoli oleh mereka-mereka yang jahil sampai bila-bila. Without art, it just a bunch of crap.


“For me this award means alot because it shows that the human element of making rock is the most important. Singing into a microphone and learning to play an instrument and learning your craft is the most important thing for people to do. It’s not about being perfect. It’s not about sounding correct. It’s not about what goes on in a computer. It’s about what goes on in here (points to heart) and what goes on in here (points to head.)”

David Grohl: Grammy 2012 Award Acceptance Speech

4 comments:

Hazwan said...

kalo aku nk suruh najwa latif baca ok dop? menarik ni

Tg.A said...

hahaha. silalah.

Sandra Azwan said...

Salam dear...I dont think she has a good voice (from what I've heard)

Tg.A said...

:) maybe.