Salah satu filem kegemaran saya adalah The Secret Life of Walter Mitty. Hari ini saya mengulang tengok cerita ini selepas menonton cerita ini setahun yang lepas. Banyak adegan-adegan daripada cerita ini masih kekal menambat hati saya. Bagi saya, cerita ini memberi banyak ilham (read: inspiring).
Terasa sangat dekat di hati. Jalan ceritanya mudah namun perjalanan hidupnya yang mengagumkan. Walter Mitty yang bukan siapa-siapa melainkan penjaga negatif filem untuk syarikat majalahnya. Melalui hari-hari yang sama (dan membosankan) saban hari sebagai eksekutif, dia menemui adventure nya yang tersendiri di pertengahan umur.
Saya kira, setiap hari punya cabaran yang tersendiri. Namun, saya masih belum menemui adventure seperti Walter Mitty. Sama ada saya bakal menemuinya atau tidak, saya berpuas hati dengan dunia saya sekarang.
I'm contented. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment