24.2.16

Penawar

Di awal kerja dulu saya selalu dilanda tekanan kerja. Mungkin masih baru, terlalu banyak perkara untuk dipelajari. Lalu saya cuba mencari ketenangan dengan bersosial dengan sahabat handai. Saya keluar makan malam hari dan menonton wayang saban minggu. Saya berasa seronok dan melalui hari-hari sebegitu bagaikan sang penagih.

Tetapi itu adalah keseronokan yang bersifat sementara. Bila badan terlentang di tilam, fikiran menerawang. Saya masih resah. Saya menjadi pemarah (read: bitter) dengan setiap perkara yang kecil. Cuma saya cuba untuk tidak bersifat negatif tapi jauh di sudut hati saya tahu, saya resah.


Sehinggalah saya bertemu Tuhan. Saya cuba mencari Tuhan setelah bertahun saya fikir saya mampu beroleh ketenangan melalui manusia dan dunia. Saya nekad mencari Tuhan. Jika selama ini solat selalu di hujung waktu dan asal siap. Saya cuba untuk menjadikan solat paling utama. Saya cuba walaupun masih lagi terbabas. Saya cuba membaiki bacaan Al Quran sebanyak mungkin. Saya kembali belajar untuk melengkapkan ibadah yang ada.


Kadang-kadang saya menangis kerana takut. Takut jika hati ini tidak istiqamah, takut tergoda lagi dengan semua ini. Kali ini saya takut dengan sepenuhnya.

Lalu, Allah juga hadirkan rasa tenang tak berbelah bahagi. Setiap kali runsing dan resah, saya berdoa. Ajaibnya Allah hadirkan rasa tenang begitu sahaja tanpa sebarang pengantara.


Cubalah, mungkin kita berkongsi penawar yang sama.

No comments: