Lalu, saya menonton rancangan berkaitan dengan P Ramlee. Banyak rupanya yang baru saya tahu tentang karyawan unggul tanah melayu itu. P Ramlee meninggal dunia dalam keadaan dia dimalukan dan dijatuhkan oleh rakyat negaranya sendiri. Hati saya tersentuh bila mana bakat sehebat P Ramlee tidak dihargai oleh negaranya namun dilaung dan disanjung oleh pengkarya luar.
Saya menghargai pemilik bakat luar biasa seperti itu. Believe it or not, talented people only born a few in many decades. P Ramlee is one hell of a talent. Rancangan realiti TV yang berlumba-lumba kononnya ingin menonjolkan bakat-bakat anak malaysia semuanya sampah. You can spot a real talent when you see one. Lebih ramai sibuk mengejar populariti dan duit dari menghasilkan karya yang bermutu.
Muzik (seni) adalah cabang ilmu yang dianugerahkan Tuhan. Saya tidak bersetuju jika golongan agama menolak ilmu pendidikan muzik secara keras dan terus begitu. Saya percaya setiap ilmu dan bidang yang ada harus diterokai oleh agamawan dan kita tidak boleh kekal rigid dengan satu perkara sahaja.
Selamat Hari Raya Idul Fitri dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia!
No comments:
Post a Comment