10.9.11

Tradisi


Semakin saya membesar, saya melihat hari raya dengan perspektif sedikit berbeza. Terutama bila keluarga saya sendiri membesar (read: grow) dan ada yang sudah berumah tangga, keriangan menyambut hari raya tidak lagi dengan pulang ke kampung namun sekadar dapat berkumpul kami sebagai adik-beradik.


Berbanding dulu, semua orang masih belajar dan bujang, dan semua orang ada masa untuk berkumpul ketika cuti sekolah atau cuti semester. Kini, harapan untuk betul-betul berkumpul hanyalah di hari raya aidilfitri dan hari raya aidiladha sahaja.


Kami memulakan tradisi kami sendiri sebagai keluarga besar baru. Tradisi berBBQ di hari raya kami mulakan beberapa tahun yang lepas. Sesi photoshoot pagi raya di lokasi-lokasi menarik sekitar Kuala Terengganu (berbanding di dalam rumah seperti kebiasaan) dan lain-lain.


Sejujurnya, saya meraikan segala macam tradisi baru ini. Semua ini membuatkan raya bertambah meriah dan menyeronokkan. Tak sabar menunggu generasi ketiga keluarga kami besar sedikit untuk diajak bermain mercun dan bunga api!

No comments: