19.3.12

Kiasan

Kadang-kadang saya rasa yang manusia zaman sekarang sudah kurang cuba memahami maksud ayat yang berlapis. Mungkin kita terlalu ingin laju dan pantas sehingga kita menolak apa sahaja kiasan yang disampaikan. Ah, perkataan yang ingin digunakan bukanlah 'kiasan' tapi saya kehilangan perbendaharaan kata untuk digunakan mengganti maksud 'subtlety'.


Saya mungkin peminat atau pembaca tegar Saifulislam.com sejak 5-6 tahun lepas dan saya sangat menyukai gaya penulisan disitu yang sentiasa membuatkan saya berfikir. Ustaz Hasrizal misalnya suka menggunakan kaedah berlapis bagi menyuruh pembacanya berfikir akan maksud sebenar yang dibawakan. Ada yang keliru sedikit dan ada yang sekadar mampu memahami penulisannya secara permukaan sahaja tapi kuncinya hanyalah berfikir dan cuba membaca dengan nada yang berbeza.


Ketika saya menulis status di facebook misalnya yang berbunyi:

Only 100+ wishes from my facebook friends out of 500++. Nor that i mind or I care. but why the other 400 people need to sulk or mad when I didnt invite them to my wedding? it is pretty obvious isn't. haha.


Ramai yang menghubungkait kan dengan maksud saya berkenaan ucapan hari jadi sedangkan saya memaknakan lebih daripada itu. Saya mungkin kedengaran seperti bergurau tetapi saya sebenarnya tidak tetapi jemputan perkahwinan saya suatu hari nanti tidaklah berkaitan dengan ucapan hari jadi tetapi lebih kepada keakraban saya dengan seseorang.


Saya sinikal bila menulis status itu untuk memerli sesetengah pihak yang kadang-kala terlalu kecoh (read: busybody) dengan hidup saya tapi hal kecil seperti ucapan hari jadi pun tidak di ambil endah. Saya pelik bila ramai yang mahu dijemput ke majlis perkahwinan setiap orang tetapi tidak berusaha untuk mengambil berat atau paling kurang mengucapkan selamat hari jadi. Ironi.


Ramai daripada kita hilang keupayaan untuk membaca satu-satu teks dengan lebih mendalam. Kita mahu segalanya ditulis dengan terang dan nyata tanpa mahu berfikir. Sedangkan di dalam Al-Quran sendiri Allah banyak bercerita dengan nada substeks agar kita berfikir. Bila manusia kehilangan keupayaan untuk berfikir, mereka akan menjadi robot. Hebat mengikut arahan tapi gagal memahami tujuan.


Saya pun bukanlah hebat berfikir tetapi setiap kali pun mencuba untuk mentafsir dan memahami setiap input yang saya baca atau tonton sebelum membuat ulasan. Saya boleh menjadi salah tetapi sekurang-kurangnya saya membuat ulasan dengan berfikir.

No comments: