24.2.16

Penawar

Di awal kerja dulu saya selalu dilanda tekanan kerja. Mungkin masih baru, terlalu banyak perkara untuk dipelajari. Lalu saya cuba mencari ketenangan dengan bersosial dengan sahabat handai. Saya keluar makan malam hari dan menonton wayang saban minggu. Saya berasa seronok dan melalui hari-hari sebegitu bagaikan sang penagih.

Tetapi itu adalah keseronokan yang bersifat sementara. Bila badan terlentang di tilam, fikiran menerawang. Saya masih resah. Saya menjadi pemarah (read: bitter) dengan setiap perkara yang kecil. Cuma saya cuba untuk tidak bersifat negatif tapi jauh di sudut hati saya tahu, saya resah.


Sehinggalah saya bertemu Tuhan. Saya cuba mencari Tuhan setelah bertahun saya fikir saya mampu beroleh ketenangan melalui manusia dan dunia. Saya nekad mencari Tuhan. Jika selama ini solat selalu di hujung waktu dan asal siap. Saya cuba untuk menjadikan solat paling utama. Saya cuba walaupun masih lagi terbabas. Saya cuba membaiki bacaan Al Quran sebanyak mungkin. Saya kembali belajar untuk melengkapkan ibadah yang ada.


Kadang-kadang saya menangis kerana takut. Takut jika hati ini tidak istiqamah, takut tergoda lagi dengan semua ini. Kali ini saya takut dengan sepenuhnya.

Lalu, Allah juga hadirkan rasa tenang tak berbelah bahagi. Setiap kali runsing dan resah, saya berdoa. Ajaibnya Allah hadirkan rasa tenang begitu sahaja tanpa sebarang pengantara.


Cubalah, mungkin kita berkongsi penawar yang sama.

16.2.16

to the moon and back

'I love you, do you love me today?'

I asked. He chuckled. He may get bored that been asked the same question everyday.

'I love you soooo much.'

But he never get bored to answer me. His patience always get to me. I feel complete. May Allah bless this relationship with mawaddah, rahmah and sakinah.

p/s: I know it's cliche but I promise myself to write with more honesty and transparency. hope to keep the momentum.


9.2.16

Semuanya didalam perancangan Allah.

Selepas setahun, terlalu banyak perkara yang saya belajar. Memilih untuk setia kepada seseorang sehingga bila-bila, melalui waktu susah dan senang bersama , bukanlah perkara yang mudah. Ketika datang syaiton menggoda, hidup boleh menjadi ribut.

Toleransi hidup berdua sangatlah penting. Saya harus bersyukur kerana sehingga kini dia adalah seorang yang bertoleransi tinggi. Saya yang keras kepala, rebellious, dan tak mendengar kata ini - dia masih mampu bertahan.

Alhamdulillah, saya bersyukur dengan setahun yang membahagiakan. bahagia dengan cara yang berbeza -  bitter sweet. Masih mampu bertahan dan senyum dengan lontaran soalan-soalan pedas kehidupan peribadi; soal anak dan rezki. Tapi dia sangat tenang dan berkata; Semuanya didalam perancangan Allah.

Hanya yang melalui sahaja akan memahami. dan dia sebagai kawan baik adalah insan yang paling memahami gelora jiwa ini. hanya Dia juga yang maha mendengar segala rintihan kami.

Setahun yang pelbagai. Alhamdulillah.