25.8.13

Kaki Gergasi

Hari ini temankan si dia beli kasut untuk berfutsal. Dia seperti aku mempunyai sepasang kaki yang besar seperti gergasi dan menyukarkan proses membeli kasut yang cantik dan murah. Inilah namanya berjodoh, haha. Kaki sama-sama besar.

Cerita tentang kaki ini, aku selalu malu dulu-dulu apabila nak membeli kasut. Masa aku darjah 6 dulu pun kaki aku dah besar macam orang umur 20 tahun ke atas. Pernah lah jugak kakak kedai kasut terjengil anak mata bila aku cuba saiz normal budak baya aku tapi tak muat dan buku lali siap tertonjol keluar. Paling tak tahan masa pergi beraya rumah makcik, masa nak balik pakai kasut, makcik bising: eh, kasut sapa besa sangat nih? Besarnya kaki. Rasa masa tu macam nak round pintu belakang dan pakai je selipar jepun siapa-siapa. Malulah nak mengaku tuan badan kaki gergasi ni.

Jadi, aku membesar dengan keadaan low self esteem dengan kaki sendiri. Rela kau pakai kasut sampai lunyai sebab malu nak singgah kedai kasut. Mulut kakak kedai kasut pun boleh tahan pedas. Sangguplah tahan sakit kaki daripada tercalar lagi harga diri bila asyik kena tembakan bertubi-tubi.

Kadar yakin diri meningkat seiring dengan pertambahan usia. Kakak pun pernah cakap; Orang tinggi ni memang kaki besar. Bila belek kaki orang lain yang sama tinggi, betul jugaklah teori kakak. Lama-lama hilang dah rasa malu (tapi tak adalah sampai rasa bangga pun, rasa biasa-biasa saja.).

Kesimpulannya, berhati-hati dengan apa yang kita cakap dengan remaja perempuan. Paling-paling dengan budak perempuan macam aku, supaya tak adalah jatuh merudum tahap yakin diri. Muka dah buruk, takkan anggota badan lain pun buruk jugak, tu sumpah tak kelakar dah. Be respectful, be sensitive and be considerate towards others. The world will be much better place to live for everyone.

13.7.13

Percaya

Saya selalu percaya pembacaan yang baik akan menghasilkan penulisan yang baik. Saya percaya hanya dengan merasa susah, barulah manusia akan menghargai waktu senang. Saya percaya makanan yang baik akan membentuk jisim yang baik. Saya percaya ilmu/info yang berlambakan di ruang massa bukan menjadikan manusia semakin pandai tetapi semakin kurang ajar (kerana tidak belajar melalui guru lantas adab). Saya percaya genetik (keturunan) yang baik-baik akan menghasilkan baka yang baik. Saya percaya sibuk adalah alasan bagi seorang pemalas. Saya percaya gemuk bukanlah penyakit hakiki tapi halusinasi manusia duniawi. Ah...

Kita percaya dengan banyak perkara namun berapa banyak darinya yang kita betul-betul amalkan? atau percaya hanya sekadar di bibir dan akal namun tidak di hati. Adakah kepercayaan sekadar hujah penyelamat diri atau amalan menjadi bekalan sepanjang perjalanan?

21.6.13

Setahun

Awal bulan 6 baru-baru ini, genaplah setahun saya bekerja. Sungguhlah setahun berlalu begitu pantas. Saya hampir terlupa bagaimana rasanya menjadi orang baru dan cuba untuk bersosial dengan pekerja-pekerja lama bila kini mereka bagaikan kawan-kawan yang sudah bertahun-tahun saya kenali.

Setahun bekerja, saya mula belajar banyak perkara. Dan setahun bekerja saya baru membeli sepasang kasut baru dan belum lagi membeli mana-mana tas tangan. Sebagai perempuan, itu adalah perkara yang aneh untuk saya. Mungkin 'nature of work' saya tak memerlukan kasut baru bersilih ganti apatah lagi tas tangan. Backpack sudah sekadar cukup, barangkali. Namun, jauh di sudut hati saya sudah penat menjadi perempuan yang tergilakan materialis begitu. Saya cuba mengajar diri berasa cukup dengan apa yang ada.

Saya cuba dan masih belajar. Duit yang ada saya simpan, moga-moga bila ada tangan yang memerlukan, saya tiada alasan untuk tidak memberi. Wang walaupun bukan jaminan kebahagiaan namun tanpanya manusia mana pun boleh menjadi resah. Tanpa wang, manusia acap kali hilang pertimbangan. Wang bukan segalanya namun di dunia ini, segalanya pun perlukan wang.

Saya bersyukur kerana Tuhan mengurniakan satu kerja yang memberi gaji yang baik, kawan sepejabat yang baik dan bos yang boleh diajak bergurau senda (sampai ke facebook). Lalu, segala kebaikan yang diperolehi ini saya akan selalu ingat walaupun beban kerja menggunung sehingga mengeringkan setiap tenaga yang ada. Jika istilah membanting tulang boleh digunakan, saya bagaikan membanting tenaga sehingga pulang kepenatan setiap hari.

Saya hanya mampu bersyukur kerana Allah memberi rezeki melalui kerja ini. Biarlah bersusah-susah sekarang, semoga pulangannya ada di kemudian hari.

24.3.13

Hebat

Entah kenapa mood menulis semakin lama semakin pudar. Idea menulis sekejap timbul, sekejap tenggelam. Jika mempunyai idea, tersekat mencari kata untuk disusun menjadi ayat. Aktiviti membaca masih diteruskan seperti dahulu. Ditepi katil, masih ada sekurang-kurangnya sebuah buku untuk dibaca sebelum tidur. Kesibukan kerja semakin menghambat. Malam-malam sekadar untuk berehat setelah penat bekerja di siangnya.


Semangat untuk menulis masih ada. Seperti sama semangat untuk kurus sejak 5 tahun yang lepas. Semangatnya yang kejap kucup, kejap kembang. Sesekali menyala namun cepat juga dihembus angin lalu. Kali ini saya memaksa juga diri untuk menulis sesuatu walaupun isinya kosong. Moga-moga semangat yang tinggal bara mampu ditiup menjadi unggun api. Semoga nanti mampu menulis sesuatu yang bermanfaat.


Saya juga menulis kali ini sambil ditemani muzik konsert Krujaaan 2002. Oh, mengimbau kenangan ketika kecil/remaja dulu. Saya bukanlah peminat tegar KRU namun kejayaan mereka membina kerjaya sehingga menjadi satu jenama, adalah satu yang membanggakan. Semoga satu hari nanti, hati mereka dijentik hidayah. Lalu bakat yang ada dapat disalurkan untuk mencipta lagu mengingati Allah atau menaikkan semangat muslim untuk berjuang di jalan ini. Seperti mana Umar yang hebat bila dijentik hidayah, menjadi daya hebat untuk golongan muslim pada zamannya dan menjadi inspirasi hingga hari ini.




11.2.13

Hal kahwin

me: Dah kahwin nanti, nak beli hadiah banyak-banyak. Habislah duit dia nanti. hihi.

him: Tapi tugas isteri kena jaga hati suami tau.

me: Ye ke...

him: Syurga isteri dengan suami. Tak masuk syurga kalau tak pandai jaga hati suami.

*pause*

me: Takkan awak nak masuk syurga sorang-sorang. Mesti awak akan didik saya jadi isteri yang baik supaya dapat masuk syurga sama-sama. Nanti boleh jadi ketua bidadari. Kan...?

*pause*

Itu dialog beberapa jam yang lepas antara perempuan gatal nak kahwin dan lelaki rasional. Haha. Sambungan dialog tu terpaksa di censor atas sebab boleh buat manusia lain sedunia muntah hijau dan berak kuning kalau baca. atau dengar. Haha.

*Pardon me for being a bit mushy tonight. Been reading lots of stupid romantic books lately and in the mood to prepare for big bro wedding.*

It's been over a year now that we're having a long distance relationship. pergh. To survive this long thus far for me, is huge achievement. Since all my collegues are male and married, they always encourage me to get married as soon as possible. Semua benda akan di kaitkan dengan kahwin; as if being married is the best thing ever. hehe.

**

me: Bosanlah buat kerja.

them: Kahwinlah weh. kahwin tak bosan.

**

me: ahhhh, stress dengan kerja.

them: Kahwinlah weh. Kahwin tak stress. Kahwin seronok.


Kadang-kadang mereka akan cakap pasal married life and how great it is. Part of me rasa jeles jugaklah tak tipu tapi banyak jugak rasa bangga. Sebab dikelilingi oleh suami-suami yang sangat bangga dan sayang dengan isteri dan anak-anak mereka. Ada yang sanggup redah 12 jam perjalanan setiap hujung minggu untuk jumpa isteri. Ada yang redah 100km setiap hari untuk bersama dengan keluarga. They have all the reason in the world to cheat on their wife but they dont (so far). Gaya nak mengurat atau ramah semacam dengan perempuan lain pun tak ada. Bercakap buruk pasal isteri apatah lagi.


Bila dah kahwin, saya pun rasa nak jadi macam isteri-isteri mereka ini. Isteri yang disayangi dan dibanggai oleh suami. Harap suatu hari nanti, suami pun bahagia dan merasa cukup dengan saya seorang dalam hidupnya. Ameen.


I have a long way to go. Memang tak nampak lagi masa depan nak kahwin dalam masa terdekat. Tapi persediaan dah buat sikit-sikit. Persediaan untuk jadi isteri  yang baik kepada bakal suami (no matter who he is) dan dan ibu yang baik untuk anak-anak (jika diberikan rezeki), inshaAllah.


Jom sama-sama siapkan diri seperti mana ibu kepada Imam Ghazali persiapkan diri 20 tahun sebelum Imam hebat itu dilahirkan. MashaAllah. Tak ada istilah terlambat selagi nyawa masih dikandung badan.