25.5.12

The power of Dua'

Terasa nak berkongsi pengalaman saya di ibu kota semalam. Tetapi kalau dicerita mesti ada unsur dramatis, padahal tak lah menarik sangat pun. Cuma saya sampai di ibu kota jam lima pagi sendirian dan pulang ke kampung halaman hari yang sama jam sepuluh malamnya. Tak sampai 24 jam pun berada disana dan dua malam tidur di dalam bas. Pemergian saya adalah secara tergesa-gesa atas urusan penting, jadi saya terpaksa lebih berdikari dan berani. Subuh seorang diri saya memohon agar Allah memudahkan segala urusan hari tersebut, saya takut sebenarnya dan risau.


Alhamdulillah, walaupun ditimpa sedikit sekatan awalnya, semua urusan dipermudahkan. Haha. Sebak ketika merayu kepada salah seorang yang terlibat agar menyegerakan memproses urusan. Saya ditemukan dua orang teman sekampus yang banyak membantu dan menenangkan saya. Sempat ditegur oleh salah seorang teman; Jangan gelabah weh. Aku boleh je tunggu lepak dengan kau sampai semua benda siap. Memang terharu gila - sumpah.


The powerful tool is Dua' indeed. Allah didnt make things easier for you but He made you tougher instead. Bila ditimpa kesusahan, jangan berhenti berdoa sebab Allah Maha Mendengar. Dia pun kabulkan doa kita dengan caraNya yang tersendiri. Semua ini adalah latihan untuk kita menjadi manusia yang kuat. Jangan gelabah, kena banyak bertenang, baru boleh selesaikan masalah. Another lesson to learn, alhamdulillah.


Bulan May masih tidak menghampakan saya dengan kejutan demi kejutan. Tujuh hari masih berbaki.

23.5.12

Of baking and recipe

I love baking more than cooking. Well, the truth is I am suck at cooking. Masak asam pedas pun terkial-kial walaupun berdarah melaka. Though I love baking, doesnt mean I'm good at it. I love watching AFC or any food program on television, I love reading cooking blog. I love seeing those pretty cookies and cuppies. Maybe because I love eating dessert, yes I'm such a sweet tooth.


Anyway, I've met many people out there who was afraid to bake. But baking is easy. Dont go for complicated recipe, you can find the simplest one yet very delicious. Dont feel down if you messed up a few recipes. I might try ten different recipes of cakes and tarts and only half of them turn out to be good. It's about trial and error. But baking can never really went wrong if you follow the instruction in the recipe.


So today marks the day I finally bake Kek Lapis. Hihi. Memang rasa sangat berdebar-debar nak buat kek ni sebijik. Resipinya sangat mudah tapi nak buat kek lapis memang sangat renyah. Saya ambil masa kurang daripada setengah jam untuk menyiapkan adunan sebab bahan-bahannya sangat sedikit tapi saya ambil masa hampir 2 jam untuk mengukusnya. Memang ketar anak lutut sebab berdiri lama kat dapur untuk buat setiap lapisan. Saya membuat sepuluh lapisan keseluruhannya.


Jadi saya berminat untuk berkongsi resepi Kek Lapis Masam Manis yang saya ambil di sini. Saya mengubah cara membuatnya berbanding resepi asal, jadi jika berminat untuk mendapatkan resepi asal, sila dapatkan di link asal resepi tersebut.


Kek Lapis Masam Manis  
Sumber: My resepi



Bahan-bahan ( loyang 8"x8" ) 
A
1 1/2 cawan tepung biskut marie (biskut marie yg dikisar dan diayak)
1/2 cawan gula halus
1 cawan butter - suhu bilik
5 biji telur kuning
1/2 cawan susu pekat
sedikit esen vanilla,
pewarna (ikut suka),
Asam hawflakes secukupnya 
B
5 putih telur
1/4 cawan gula halus 
Cara-cara
1. Pukul butter dan gula sehingga kembang dan ringan
2. Masukkan telur kuning satu-persatu
3. Masukkan tepung diselang seli dengan susu, pukul sebati
4. Tambah esen vanilla, gaul rata
5. Pukul putih telur dengan gula di bekas berasingan sehingga kental. (bila terbalik tak jatuh)
6. Campurkan adunan putih telur dan aduan sebelumnya sehingga sebati.
7. Asingkan adunan beberapa bahagian (ikut jumlah warna yang dipakai)
8. Masukkan 2-3 sudu adunan ke dalam loyang yang dah disapu dgn butter dan kukus lapisan pertama (lebih kurang 5 minit or less. kalau tak melekat di jari, maknanye dah masak dah tu)
9. Susun asam hawflakes di atas lapisan pertama tadi, dan lapiskan dgn 2-3 sudu adunan yg berlainan warna.
10. Ulang langkah 8 & 9 sehingga adunan habis. 


Saya mintak umi bawa kek ni separuh ke office esok. Kata saya, ini cara saya memberi makan kepada orang dengan rezeki yang Allah kurniakan baru- baru ini. Umi senyum dan saya menambah lagi; Tak reti nak masak lauk pauk bagi orang makan, bagi makan kek pun aci kan. Umi senyum makin lebar.


Ya Allah, terima kasih atas segala kurniaanMu. This is me saying my gratitude for Your Ultimate Kindness to me. Alhamdulillah, I feel blessed.

18.5.12

Keberkatan hidup

Beberapa minggu yang lepas saya ditipu sebanyak 20 ringgit oleh manusia yang tak dikenali. Saya tidak berminat untuk bercerita dengan lebih lanjut mengenainya. Cuma seingat saya, saya terasa amat marah selepas ditipu. Mulut tak berhenti membebel dengan kebodohan diri sendiri. Kemudian saya berkata kepada teman baik;


"Tak apalah, niat halal je lah duit tu. Doa semoga duit tu digunakan untuk tujuan yang baik."

"Kalau niat nak sedekah, mulut jangan membebel dah. Nanti tak sampai pulak niat tu."


Saya terus diam, bersetuju. Kalau dah niat nak halalkan, kenapa nak mengeluh-ngeluh pula. Redha sajalah dengan apa yang terjadi dan semoga dia mendapat cahaya kebenaran suatu hari nanti.  Saya juga terfikir, mungkin ini cara halus Tuhan menarik duit saya. Mungkin ada sisi yang tidak berkat dalam duit saya. Mungkin saya kurang memberi. Mungkin saya ada berselisih faham dengan sesiapa.


Apa yang paling saya takut ialah tidak mendapat keberkatan dengan duit gaji yang diperolehi. Ramai manusia yang saya kenali yang bergaji lima enam ribu tetapi selalu rasa tidak cukup dengan apa yang diperolehi sehingga terpaksa meminjam sana sini. Sedangkan ada yang lain, bergaji dua tiga ribu tetapi hidupnya senang. Saya takut jika bergaji banyak tetapi merasa kurang, ditarik oleh Allah dengan kesusahan-kesusahan yang lain. Saya lebih rela bergaji kecil tetapi sentiasa rasa cukup dan senang dengan apa yang diperolehi.