25.9.11

Nasihat Asma'

Seorang sahabat saya mendirikan rumah tangga seminggu yang lepas dan saya menghadiri kendurinya nun jauh di Ipoh. Saya ada banyak sebab untuk tidak pergi seperti mana saya selalu tidak menghadiri perkahwinan teman teman yang lain, namun sahabat yang seorang ni letaknya istimewa di hati saya.


Semperna hari perkahwinannya, saya teringatkan nasihat Asma' Bin Kharijah r.a (sahabat Rasulullah) kepada Putrinya di hari pernikahannya:


Saat ini engkau keluar dari sangkar emasmu
menuju ranjang yang tak kau kenal,
dan teman yang engkau belum terbiasa dengannya.

Jadilah engkau buminya, maka dia akan menjadi langitmu.
Jadilah permadaninya, dia akan menjadi tiang sandaranmu.
Jadilah budaknya, maka dia akan menjadi budakmu.
Jangan menyelimuti dirimu, karena dia akan membenci
Jangan menjauhinya karena dia akan melupakanmu.
Jika dia mendekatimu, maka mendekatlah engkau kepadanya.
Jika dia menjauhimu (lagi marah), maka menjauhlah engkau darinya.

Jagalah penciuman, pendengaran dan penglihatannya.
Sehingga dia hanya akan mencium aroma yang sedap darimu,
mendengar kata-kata yang baik
dan melihat pemandangan yang cantik.


Dan saya membaca nasihat Asma' ini dalam salah satu karya Noor Suraya dan amat tersentuh dengan setiap bait-bait nasihat ini. Moga jika tiada yang pernah berkongsi nasihat indah ini, saya lah yang pertama.


Kepada sahabat yang baru sahaja bernikah (and will read this one day), bait bait nasihat ni tak mampu terluah di bibir tapi sekadar mampu terungkap melalui tulisan sekadar ini. Semoga dikurniakan rumah tangga yang penuh sakinah, mawaddah dan rahmah. Semoga cinta dan kasih sayang kekal hingga ke syurga. ameen.

16.9.11

His special day



Dear you,

I hope you had a blast birthday celebration yesterday with me. Though it is only a simple celebration over the sunset and a picnic bucket (home cook meal). A year older, a year wiser. May you're blessed with all the goodness in life and eternal happiness. May you be a better son, brother and friend to others and a better servant of Allah. May Allah guide you to the path of Jannah. ameen.


p/s: I love you.


Regards,
me

10.9.11

Tradisi


Semakin saya membesar, saya melihat hari raya dengan perspektif sedikit berbeza. Terutama bila keluarga saya sendiri membesar (read: grow) dan ada yang sudah berumah tangga, keriangan menyambut hari raya tidak lagi dengan pulang ke kampung namun sekadar dapat berkumpul kami sebagai adik-beradik.


Berbanding dulu, semua orang masih belajar dan bujang, dan semua orang ada masa untuk berkumpul ketika cuti sekolah atau cuti semester. Kini, harapan untuk betul-betul berkumpul hanyalah di hari raya aidilfitri dan hari raya aidiladha sahaja.


Kami memulakan tradisi kami sendiri sebagai keluarga besar baru. Tradisi berBBQ di hari raya kami mulakan beberapa tahun yang lepas. Sesi photoshoot pagi raya di lokasi-lokasi menarik sekitar Kuala Terengganu (berbanding di dalam rumah seperti kebiasaan) dan lain-lain.


Sejujurnya, saya meraikan segala macam tradisi baru ini. Semua ini membuatkan raya bertambah meriah dan menyeronokkan. Tak sabar menunggu generasi ketiga keluarga kami besar sedikit untuk diajak bermain mercun dan bunga api!

1.9.11

P Ramlee - A rare talent

Semperna dengan hari kemerdekaan, History channel menayangkan beberapa dokumentari berkaitan dengan tanah melayu yang menarik untuk ditonton. Saya sejujurnya agak jemu melayan rancangan rancangan televisyen aidilfitri.


Lalu, saya menonton rancangan berkaitan dengan P Ramlee. Banyak rupanya yang baru saya tahu tentang karyawan unggul tanah melayu itu. P Ramlee meninggal dunia dalam keadaan dia dimalukan dan dijatuhkan oleh rakyat negaranya sendiri. Hati saya tersentuh bila mana bakat sehebat P Ramlee tidak dihargai oleh negaranya namun dilaung dan disanjung oleh pengkarya luar.


Saya menghargai pemilik bakat luar biasa seperti itu. Believe it or not, talented people only born a few in many decades. P Ramlee is one hell of a talent. Rancangan realiti TV yang berlumba-lumba kononnya ingin menonjolkan bakat-bakat anak malaysia semuanya sampah. You can spot a real talent when you see one. Lebih ramai sibuk mengejar populariti dan duit dari menghasilkan karya yang bermutu.


Muzik (seni) adalah cabang ilmu yang dianugerahkan Tuhan. Saya tidak bersetuju jika golongan agama menolak ilmu pendidikan muzik secara keras dan terus begitu. Saya percaya setiap ilmu dan bidang yang ada harus diterokai oleh agamawan dan kita tidak boleh kekal rigid dengan satu perkara sahaja.


Selamat Hari Raya Idul Fitri dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia!