24.3.12

Loud voices

People said that we dont need compliments to feel better about ourselves. We dont need others to say we are beautiful to feel pretty. We are of who we are, no one can change that other than us. What we feel matter the most rather than what people said about us.


Maybe, it is not entirely true. We need recognition. What other people think and say about us, effect the way we see ourselves. They are the voices, the louder version of our thought. We can always stay positive and keep that positive thought in our head. But a person can only take so much negative words from others. When everybody is saying that you're fat and ugly, you cant really be smiling and feel pretty. It hurts and these words can bring you down.


So, be careful for every words that come out from your mouth. Stupid joke -as you said- can make someone/somebody feel bad about themselves. It can silently bring them down, with or without you realizing it. Like wise man said; think before saying anything.

19.3.12

Kiasan

Kadang-kadang saya rasa yang manusia zaman sekarang sudah kurang cuba memahami maksud ayat yang berlapis. Mungkin kita terlalu ingin laju dan pantas sehingga kita menolak apa sahaja kiasan yang disampaikan. Ah, perkataan yang ingin digunakan bukanlah 'kiasan' tapi saya kehilangan perbendaharaan kata untuk digunakan mengganti maksud 'subtlety'.


Saya mungkin peminat atau pembaca tegar Saifulislam.com sejak 5-6 tahun lepas dan saya sangat menyukai gaya penulisan disitu yang sentiasa membuatkan saya berfikir. Ustaz Hasrizal misalnya suka menggunakan kaedah berlapis bagi menyuruh pembacanya berfikir akan maksud sebenar yang dibawakan. Ada yang keliru sedikit dan ada yang sekadar mampu memahami penulisannya secara permukaan sahaja tapi kuncinya hanyalah berfikir dan cuba membaca dengan nada yang berbeza.


Ketika saya menulis status di facebook misalnya yang berbunyi:

Only 100+ wishes from my facebook friends out of 500++. Nor that i mind or I care. but why the other 400 people need to sulk or mad when I didnt invite them to my wedding? it is pretty obvious isn't. haha.


Ramai yang menghubungkait kan dengan maksud saya berkenaan ucapan hari jadi sedangkan saya memaknakan lebih daripada itu. Saya mungkin kedengaran seperti bergurau tetapi saya sebenarnya tidak tetapi jemputan perkahwinan saya suatu hari nanti tidaklah berkaitan dengan ucapan hari jadi tetapi lebih kepada keakraban saya dengan seseorang.


Saya sinikal bila menulis status itu untuk memerli sesetengah pihak yang kadang-kala terlalu kecoh (read: busybody) dengan hidup saya tapi hal kecil seperti ucapan hari jadi pun tidak di ambil endah. Saya pelik bila ramai yang mahu dijemput ke majlis perkahwinan setiap orang tetapi tidak berusaha untuk mengambil berat atau paling kurang mengucapkan selamat hari jadi. Ironi.


Ramai daripada kita hilang keupayaan untuk membaca satu-satu teks dengan lebih mendalam. Kita mahu segalanya ditulis dengan terang dan nyata tanpa mahu berfikir. Sedangkan di dalam Al-Quran sendiri Allah banyak bercerita dengan nada substeks agar kita berfikir. Bila manusia kehilangan keupayaan untuk berfikir, mereka akan menjadi robot. Hebat mengikut arahan tapi gagal memahami tujuan.


Saya pun bukanlah hebat berfikir tetapi setiap kali pun mencuba untuk mentafsir dan memahami setiap input yang saya baca atau tonton sebelum membuat ulasan. Saya boleh menjadi salah tetapi sekurang-kurangnya saya membuat ulasan dengan berfikir.

17.3.12

100 days

At one point, it feels as if waiting for a lift that will never come by. The waiting can be painful when you're dying to go up. But all you can do is to wait. You wish that there is a staircase and you can go up and running. You're losing control of your life; You're just waiting and let the fate fares the best of everything.


The waiting will somehow left you crazy. Sooner or later, you will be suffocated with life. All you can do is to make the best of everything that you have. Trying to stay positive and move on. When you think that you're left with no option, there is an option; to do or not to do.


I say, let's do it. Time wait for no one, why should you?

15.3.12

A role


Everything has a purpose, even machines. Clocks tell the time and trains take you places. They do what they're meant to do. Maybe that's why broken machines make me so sad. They can't do what they're meant to do. Maybe it's the same with people. If you lose your purpose, it's like you're broken.


Hugo Cabret: Hugo (2011)


Hugo, for me, is just like another movie. It has a good message but it was not strong enough. However the dialogue between Hugo and Isabella really caught my attention. It is about having purpose in life. Who we are and why we are here, earth. As Hugo said, even machines have its own purpose in life, wouldnt it be possible for human not having one? It is a question for us to ponder. If life is only about living, what is next? Where will be our next destination?


As muslims, we believe that this life is only temporary (a stop over), the eternal life is awaiting in the hereafter. Yet, we still need to find a role to place ourselves in this world. Either we are doctors, engineers, musicians, architects, or housewives. Some of us are still in searching for identity. A role to play.

I'd imagine the whole world was one big machine. Machines never come with any extra parts, They always come with the exact amount they need, you know. So I figured if the entire world was one big machine... I couldn't be an extra part. I had to be here for some reason. And that means you have to be here for some reason, too.

Hugo Cabret: Hugo (2011)

13.3.12

Wanita-wanita sedunia

Lapan Mac merupakan hari wanita sedunia. Bukanlah wanita dapat cuti atau ada apa-apa sambutan pun berkaitan dengan 8 mac ni, tapi ia adalah simbolik kepada perjuangan wanita seluruh dunia. Pada hari ini, kongres atau badan dunia mengambil ruang masa dan peluang untuk berbincang mengenai sumbangan dan hak wanita yang perlu diperjuangkan.


Saya bukanlah penyokong mana-mana gerakan feminisma. Bagi saya, Islam telah meletakkan hak wanita adil dalam kedudukannya. Cuma, saya sangat mengkagumi wanita-wanita hebat di dunia sana khususnya di Malaysia. Contohnya seperti Lt. Kol. Emilia Kamaruddin yang merupakan juruterbang pesawat pejuang wanita pertama. Dia kelihatan lasak dan berani menghadapi cabaran berada di dalam bidang yang di monopoli oleh kaum lelaki. Saya juga mengagumi Tan Sri Zeti Akhtar, Gabenor Bank Negara akan kebijaksanaanya menguruskan kewangan negara dengan mencipta polisi-polisi yang membantu Malaysia ketika melalui krisis inflasi dan kemelesetan ekonomi.


Baru-baru ini saya turut membaca mengenai Tun Dr Hasmah yang merupakan isteri kepada Tun Dr Mahathir, Perdana menteri Malaysia yang ke empat. Tun Dr Hasmah merupakan doktor perubatan wanita yang ketiga di Malaysia. Saya sudah lama mengagumi beliau dan bacaan saya mengenainya itu menambahkan lagi kekaguman saya terhadap peribadinya.


Beliau merupakan isteri kepada seorang lelaki yang bijak dan pintar. Namun kehebatan Tun Dr Hasmah adalah dia berjaya menjadi wanita yang berdiri di belakang seorang lelaki yang hebat. Bak kata pepatah inggeris: behind every successful man, stands a woman. Dia diam di belakang Tun Dr Mahathir, memberi motivasi dan sokongan tidak berbelah bahagi dan tidak gilakan populariti disebalik statusnya itu.


Setiap kali pun, saya ingin menjadi wanita begitu. Saya ingin menjadi seorang isteri yang menyejukkan hati si suami tiap kali pulang bekerja. Saya ingin menjadi seorang isteri yang mendokong visi dan aspirasi suaminya tanpa berbelah bahagi. Saya ingin menjadi isteri yang boleh membawa suaminya, inshaAllah, ke syurga.


Setiap kali membaca novel Jaja dan Din, saya akan menangis akan karekter Jaja yang sangat patuh. Saya ingin menjadi isteri sebaik Jaja kepada Din saya nanti. Itulah istilah wanita hebat di mata saya. Doa saya agar Allah memberi saya peluang untuk menjadi seorang isteri kepada seseorang dan semoga saya berpeluang untuk menjadi wanita yang berdiri di belakang suaminya.