Kita sebagai manusia suka bersangka buruk sesama manusia. Kadang-kala kita mahukan justifkasi untuk setiap perbuatan manusia itu barulah kita berbaik sangka. Bila seorang manusia berjimat cermat, kita katakan dia kedekut. Bila dia bercerita akan keluarganya yang susah, barulah kita cuba memahami. Sedangkan, apa salahnya kita berlapang dada sedari awal dan menerima sahaja tanpa perlu mencemuh disana sini.
Itu hanyalah satu contoh. Banyak lagi contoh yang lain yang tak perlu disebutkan. Saya tidak suka memberi justifikasi dengan tindakan-tindakan yang saya pilih. Saya rela mendengar mulut-mulut yang menyindir sinis dan membiarkan di angin lalu. Biarlah satu hari nanti mereka tahu sendiri, saya secara peribadi penat mahu bercerita kepada semua.
Ah, sekarang pun saya seakan memberi justifikasi kenapa saya tidak suka berjustifikasi. haha. Sungguh manusia pun mampu menjadi gila kerana manusia yang lain.
1 comment:
haha ironi
Post a Comment