Entah kenapa mood menulis semakin lama semakin pudar. Idea menulis sekejap timbul, sekejap tenggelam. Jika mempunyai idea, tersekat mencari kata untuk disusun menjadi ayat. Aktiviti membaca masih diteruskan seperti dahulu. Ditepi katil, masih ada sekurang-kurangnya sebuah buku untuk dibaca sebelum tidur. Kesibukan kerja semakin menghambat. Malam-malam sekadar untuk berehat setelah penat bekerja di siangnya.
Semangat untuk menulis masih ada. Seperti sama semangat untuk kurus sejak 5 tahun yang lepas. Semangatnya yang kejap kucup, kejap kembang. Sesekali menyala namun cepat juga dihembus angin lalu. Kali ini saya memaksa juga diri untuk menulis sesuatu walaupun isinya kosong. Moga-moga semangat yang tinggal bara mampu ditiup menjadi unggun api. Semoga nanti mampu menulis sesuatu yang bermanfaat.
Saya juga menulis kali ini sambil ditemani muzik konsert Krujaaan 2002. Oh, mengimbau kenangan ketika kecil/remaja dulu. Saya bukanlah peminat tegar KRU namun kejayaan mereka membina kerjaya sehingga menjadi satu jenama, adalah satu yang membanggakan. Semoga satu hari nanti, hati mereka dijentik hidayah. Lalu bakat yang ada dapat disalurkan untuk mencipta lagu mengingati Allah atau menaikkan semangat muslim untuk berjuang di jalan ini. Seperti mana Umar yang hebat bila dijentik hidayah, menjadi daya hebat untuk golongan muslim pada zamannya dan menjadi inspirasi hingga hari ini.
No comments:
Post a Comment