13.7.11

Bersih situ sana sini

Bersih situ sana sini. Walaupun Bersih sudah berakhir sabtu lepas tapi semua orang masih dan sedang berbahas dengan isu ini. Kawan-kawan yang tak pernah nampak cakna pun, tiba-tiba nak ambil tahu. semata-mata tak dapat nak keluar membeli-belah gara gara Bersih.


My stand in this issue is solid; I am fully supporting Bersih. Stop giving me crap about Ambiga, DSAI, Melayu or what not. I'm supporting the proposal by Bersih of having a clean and fair election. It is not about Ambiga or IFC. Dulu masa kes Lina joy and IFC, tak ada orang pun sibuk nak ambil tahu, bila keluar isu Bersih, beriya sangat.

Beberapa poin saya dalam isu ini:


1. Bukan semua penyokong Bersih adalah penyokong PR. Kalau selepas SPR laksanakan semua tuntutan Bersih dan BN masih menang, memang baru boleh cakap rakyat percayakan BN.


2. Biasiswa atau gaji yang kerajaan bagi memang duit rakyat. Kerajaan diamanahkan untuk mentadbir semua duit-duit tu dengan adil dan saksama. Tolong jangan perasan yang semua tu duit BN. Kalau lepas ni PAS yang tadbir Malaysia, kira PAS ke bagi duit tu? Budak tadika pun paham ni.


3. Media semuanya pro-kerajaan. Bak kata orang putih; Ass-licking. Tertanya-tanya jugak, apa jadi nasib media prima kalau PR yang ambil alih kerajaan nanti. Propaganda BN yang melampau ni lah buat orang semakin meluat dengan kerajaan sekarang.


4. Saya tak pergi pun Bersih, cuma menyokong kertas cadangan dari jauh. Penakut? mungkin jugak. Tapi yang Anti-Bersih tapi tak pergi dan tak tengok sendiri dan berhujahkan TV3 apa cerita? Setakat ni, tak ada lagi yang pergi Bersih tapi semakin benci Bersih kecuali tentu sekali TV3 dan sekutunya.


5. Ketuanan melayu? berpecah belah? bullshit. Sampai bila orang melayu nak teruskan perjuangan bangsa? Mulut kata 1Malaysia tapi perangai seorang seorang, jauh panggang dari api.


Akhir kata, memanglah Bersih tu tak sesempurna mana. Ramai tanya, kenapa nak buat rally jugak kalau boleh pass terus dekat Agong? Sebab kadang-kadang kita kena tekan kerajaan dengan buat rally sebab barulah kerajaan tahu yang dunia sedang memerhati Malaysia. Kalau hantar senyap-senyap nanti, kerajaan ambil sambil lewa. Kadang-kadang kita kena simbolize tindakan kita baru semua orang boleh faham.


Perjuangan Bersih ini matlamatnya untuk kebaikan kita semua untuk jangka masa panjang. Kalau peniaga-peniaga rugi untuk sehari, mereka akan untung lebih lagi kalau tuntutan Bersih disempurnakan suatu hari nanti. Mana ada perjuangan yang membuahkan hasil sehari dua.


Bersih bukannya nak menjatuhkan kerajaan. Bersih adalah timbal balik untuk kerajaan baiki diri. Ini kritikan terbuka kepada kerajaan dan jika kerajaan sekarang cukup bijak, mereka perlu memahami bahasa dan lenggok badan yang cuba disampaikan rakyat. Cukup cukuplah propaganda melampau di media perdana. It such a bad reputation, really.

No comments: