Pulang ke rumah beberapa minggu lepas, kakak mengajak saya melayan klip klip video lagu hindustan yang pernah popular suatu ketika dahulu. Kebanyakannya daripada filem filem lakonan Shah rukh khan. Sememangnya kami mempunyai beberapa cakera padat DVD hindustan di rumah dan kami mainkan di televisyen.
Sedang asyik saya, kakak dan kakak ipar melayan lagu lagu romantis itu, kami berbicara tentang Shah rukh khan. Sambil komputer riba di peha, saya mencari info tentang shah rukh khan yang pernah menjadi pujaan kami dulu (dan juga kini!).
Rupanya Shah rukh khan bukan calang-calang pelakon. Dia mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi dan berpeluang menyambung ke peringkat sarjana kemudiannya. Namun ketika itu dia menolak peluang itu dan mengambil keputusan untuk bergiat cergas dalam bidang lakonan. dan dia berjaya pula!
Sehingga kini dia memegang panggilan; King khan. Dia juga dinamakan sebagai 50 most powerful people in the world oleh majalah newsweek!
Saya terasa kagum dengan mereka yang berjaya kerana mengejar minat. Kejayaan datang dengan usaha yang gigih. Tapi, tanpa minat, macam mana kita nak berusaha gigih dengan kerjaya yang ada?
No comments:
Post a Comment