18.8.11

A battle to be good


Baru sahaja lepas tengok video rancangan Ini Kisahku - Sham Kamikaze di youtube. Beberapa hari yang lepas, dah tengok versi Wardina. Wardina punya versi tak terlalu memberi kesan kepada saya. Mungkin kisah Wardina sudah biasa dimomokkan sebelum ini. Namun, kisah Sham Kamikaze memang sangat terkesan buat saya.


Mungkin, versi Sham Kamikaze lebih terkesan kerana ia mengambil persepsi perubahan itu bukan sahaja dari sudut Sham sendiri tapi daripada Ibu dan Isterinya. Ceritanya sangat hidup, sangat dekat dan mungkin juga terasa sangat berkait. I personally have always admire his guitar's talent. If he were to be the music manager for any performance, I will stay put and watch the whole program.


Semalam jugak hari perpisahan. Saya melihat mereka yang bakal pergi. Diam diam, ada seorang dikalangan mereka yang menjadi inspirasi saya selama ini. She stand out among the crowd. 5 tahun dulu, dalam keadaan yang masih baru, saya mengecam dia menerusi gaya pemakainnya dan personalitinya.


Sehingga kini, dia tetap menjadi inspirasi saya. Selepas bertahun-tahun dan kami pun telah pun saling mengenali, dia tidak pernah menghakimi saya. Saya tahu melalui anak matanya dan gayanya melayan saya selama ini. Disebalik ramai yang menyingsihkan saya kerana dosa-dosa itu, anak matanya masih sama seperti kali pertama kami bertemu.


Hati saya menjadi sedih kerana dia yang memberi inspirasi untuk saya terus berjuang menjadi lebih baik bakal pergi. Namun, kisah Sham Kamikaze memberi inspirasi yang baru. Semoga dia istiqamah dengan perjuangan ini.

No comments: