22.10.11

Kematian


Banyak-banyak perkara dalam hidup, hanya mati adalah perkara yang paling pasti. Bak kata Gandalf the White dalam LOTR: The return of the king; Death is just another path, one that we all must take.


Saban tahun, saya menerima berita kematian orang-orang sekeliling saya. Saudara mara jauh dekat dan sahabat handai mahupun kenalan. Menerima berita kematian adalah sesuatu menakutkan. Bagaimana satu saat kita sedang bergelak ketawa dengannya dan di saat kemudiannya, dia telah pun menghembus nafas yang terakhir.


Kadang-kala juga, kita bagaikan terbayang-bayang bagaimana kehidupan kita boleh berubah 360 darjah hanya dengan sebuah kematian. Mengubah tanggapan manusia terhadap kita dan mengubah pandangan kita terhadap kehidupan. Bila kita kehilangan seseorang yang sangat penting dalam hidup, yang bukan sekadar kita sayangi tapi seseorang yang kita bergantung hidup padanya, kematian adalah sesuatu yang sangat pedih untuk diterima.


Ambil masa dan cuba bayangkan jika seseorang yang sangat kalian sayangi pergi. Apa rasanya kehidupan itu?


Saya belajar untuk berdikari kerana trauma ditinggalkan. Saya belajar untuk membuat segalanya tanpa pertolongan sesiapa atau membuat apa-apa keputusan tanpa mengikut khalayak ramai. Saya mengikut kata hati sendiri kerana selepas kematian, saya tiada siapa-siapa kecuali diri sendiri dan Allah sahaja.

No comments: