29.6.12
Blessing in disguise
I've been meaning to write something in here.Bukak katup benda yang sama selama sebulan tapi kelu untuk menulis. Idea banyak di minda tapi tak mampu diterjemahkan dengan kata-kata. Inspirasi bagaikan tersekat di celah halkum.
Life is treating me okay so far. Kata orang, banyak perkara dalam hidup adalah diluar kawalan namun reaksi yang kita berikan terhadap setiap perkara mampu mengubah segalanya. So, my life since the last month didnt started off well. I was worried hell about everything. The one problem that I've been running from is haunting me back. Saya harus menghadapi segala masalah ini akhirnya dan reaksi pertama yang saya berikan nanti, akan menentukan arah hidup saya di hari mendatang.
Satu perkara yang pasti, Allah letakkan saya dalam kedudukan ini untuk menguji kemampuan diri. Saya boleh tangani banyak perkara kecuali perkara ini barangkali. Dalam resah, saya turut bersyukur sebenarnya kerana inilah satu peluang untuk saya betul-betul berdepan dengan masalah ini. Alhamdulillah, selepas sebulan saya sudah mampu menangani segalanya dengan baik. Ya, reaksi yang kita berikan terhadap setiap masalah mampu mengubah banyak perkara.
Saya berdoa agar Allah memberi cahaya petunjuk kepada diri setiap hari. Agar saya mampu mengawal amarah dan menjadi lebih bersabar. Sungguhlah saya seorang hamba Allah yang lemah dan dengan itu saya memohon kekuatan kepada Tuhan yang Esa. Setiap hari adalah ruang untuk perbaiki diri. Setiap hari memberi cabaran hidup yang baru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment