19.11.11

Tujuan


Saya menonton filem Taare Zameen Par (TZR) setelah membaca tulisan Ustaz Hasrizal di blognya. Saya sememangnya menyukai karya Aamir Khan yang terdahulu; 3 idiots, lalu menambahkan rasa ingin menonton filem ini. Saya segera meminta seseorang untuk memuat turun filem ini dan saya usai menontonnya beberapa malam yang lepas.


Secara ringkas TZR mengisahkan tentang seorang kanak-kanak (Ishaan) yang mengidap dyslexia tanpa disedari oleh ibu-bapa mahupun guru-gurunya. Dyslexia secara ringkas adalah penyakit yang membuatkan pesakit susah membaca (learning disabilities). Penyakit ini dikaitkan dengan perubahan genetik seseorang sejak lahir.


Menariknya, ramai manusia yang terkemuka seperti Albert Einstein, Leonardo Di Vinci, Pablo Picasso yang mengidap penyakit ini. Malahan ramai artis terkemuka hollywood juga mengalami penyakit yang sama; Orlando Bloom, Patrick Dempsey, Alyssa Milano dan sebagainya.


Namun bukan itu isi utama dalam entry ini. Setelah saya menonton filem TZR, saya terus membuat carian mengenainya dan bertemu dengan sesuatu yang sangat menarik dan terkesan kepada saya. Bagaimana filem TZR telah memberi impak yang besar kepada institusi pendidikan di India.

Since the movie was released, Bawa said, the number of parents who come to her office every month has increased tenfold. Some women who live with traditional extended Indian families call about their children without the knowledge of their husbands or mothers-in-law.
The Pain of Dyslexia, As Told by Bollywood

Sistem pendidikan di India tidak jauh bezanya dengan sistem pendidikan di Malaysia kerana berorientasikan sistem pendidikan British, negara asal penjajah kedua-dua negara. Sistem ini berbanding sistem pendidikan Amerika misalnya, terlalu mementingkan bilangan A di atas kertas untuk subjek-subjek sains.


Sedangkan bak kata Aamir Khan dalam filem ini: Every child has unique skills, capabilities and dreams. Bukan semua boleh menjadi doktor, jurutera atau akauntan. Setiap anak dilahirkan dengan kelebihan yang berbeza.


Namun, yang lebih membuatkan saya terkesan bagaimana naskah ini boleh memberi impak yang besar kepada keseluruhan penontonnya. Di tempat saya berdiri, saya bertanyakan diri sendiri, apakah setiap bait penulisan saya mampu memberi manfaat dan kesan kepada sesiapa?

2 comments:

Najwa Sofwani said...

cerite TZR mmg sgt best, sgt memberi kesan..

victoire said...

Setuju adik, kite terlalu pentingkan sains sampai kat skoloh dulu kelas akaun tu cikgu pon macam hina konon nye tu tempat budak2 rejek dok lepas masuk kelas sains..
Padahal sek2 akaun ngan bisnes ni laa boss kite nanti..