30.12.11

Review: Ombak Rindu


Baru sahaja lepas menonton filem Ombak Rindu. Akhirnya, setelah begitu lama menunggu, saya berjaya juga menonton cerita ini. Novelnya dulu saya baca ketika masih di bangku sekolah. Ya, ianya hanyalah satu novel picisan. Namun ketika membesar, hormon cintan cintun sangat kuat sehingga novel picisan inilah membuai-buai perasaan gadis-gadis di bangku sekolah.


Saya menonton cerita ini hanya demi memuaskan nafsu zaman sekolah tatkala saya membayangkan susuk wajah Izzah, Hariz mahupun Mila. Saya tidak sedikit pun berharap ada apa-apa hikmah dari cerita ini. Saya harus memuji pembuat filem ini kerana sebenarnya filem ini tak terlalu lari daripada cerita asal dari novel.


Cuma filem bergerak dengan lebih laju berbanding novel kerana filem perlu menarik momentum penonton untuk terus menonton selama lebih 2 jam sedangkan novel mempunyai isi monolog yang lebih perlahan untuk penghayatan.


Pengarah, Osman Ali pandai memetik babak-babak pendek tapi penting untuk dimuatkan di dalam filem ini. Tiada satu babak, memek muka, reaksi atau dialog yang tidak mempunyai signifikan di dalam filem ini. Itu satu pujian yang harus diberikan kepada pengarah kerana banyak sungguh filem-filem melayu yang memuatkan babak-babak yang tidak relevan di dalam filem semata-mata mahu menonjolkan elemen kelakar atau sekadar mahu memanjangkan cerita.


Saya berpuas hati dengan keseluruhan filem walaupun cuba untuk menepis habuk-habuk dari masuk ke dalam mata. Pujian diberikan juga kepada pelakon-pelakon kerana lakonan yang mantap terutama sekali Maya Karin. Eksperesi mukanya yang kosong kadang-kadang mengundang rasa emosi kepada penonton.


Apapun, selamat menonton semua!

27.12.11

Masquerade


I've been a little bit busy these past few weeks. hehe. Not THAT busy but yeah, I have a stack of to do task in my list. Hopefully everything can be done on time. Though I'm a last minute person, but at least I try my best to do everything by my own. May Allah will help me through.


Anyway, in this panic hour I didnt want to be too focus on works and neglecting everything else in life because in the end of the day, we will only remember good memories not the hectic schedule. So, I spared some time to be with the girlfriends.


Alhamdulillah, we had a really good time. We had masquerade party just among the girls in celebration of our friendship through out the years and also a birthday of our dear friend. I enjoy this little time that I had with them. I know, that some months afterwards, I will miss them dearly.

25.12.11

Luahan hati

Dunia maya banyak mengajar saya untuk mengawal perasaan marah saya secara peribadi. Saya jujur mengaku yang saya mempunyai genetik cepat marah secara semulajadi. Saya mudah terasa 'annoying' dengan perangai-perangai manusia yang tidak munasabah dan saya setiap hari cuba untuk tidak mudah naik marah.


Perasaan untuk kawal marah setiap masa tak senang sebenarnya. Bila kita pilih untuk pendam semua rasa marah instead of lashing it out to the people, sangat sangat sangat sangat susah. Kadang-kadang rasa je nak tulis rasa marah di facebook atau blog tapi sampai hari ni, saya masih cuba bertahan.


Kadang-kadang bila dah tertulis di facebook, cepat-cepat je delete bila rasa marah reda sedikit. Sebabnya, saya taknak sakitkan hati sesiapa walaupun orang tu sakitkan hati saya. Bila kita sakitkan hati orang, nanti orang lain sakitkan hati kita.


Tapi kali ini sedikit exceptional sebab ada seorang hamba Allah yang saya tak suka sejak pertama kali kenal. Saya tak benci dia tapi mungkin antara saya dan dia tak pernah ada tarikan kimia sebagai kawan. the worst part, semua orang sukakan dia kecuali saya. hahahaha.


Semua perkara buruk terjadi dalam hidup saya sekarang adalah sebab dia. Betapa saya harap dia tahu semua ni. Betapa saya harap dia hilang dan tak pernah wujud dalam hidup saya. Betapa saya harap dia tak jadi penyibuk dengan hubungan saya dengan orang lain.


I wish, my dear, I wish deeply. But that's not the case. It hurts so much to put a barrier and distance to your own bestfriend just because of a single person. It hurts so bad that I wanted to cry.

22.12.11

Blunt

Taking an engineering course may not be hard for some people but it is for me. Little that people know that many students drop out from engineering course. If you think engineer makes lots of money, a popular career or it would lead an easy life, you my dear, is wrong.


I personally took the course because of my biology teacher in high school. She is a nice and warm lady and always inspired me in her class. She told us about career as engineer in automotive industry. Bang! that what makes me chose this course instead of art or literature courses as I planned earlier.


I stick with my planned until the last year of study. Alhamdulillah, I finally succeeded though only as an average student. I am grateful to take the chance to be out of my comfort zone and pushing myself to the maximum limit.


I met wonderful people, I had unforgettable experiences, loads and loads of fond memories, the hard-works seems really paid off. I didnt have any regret for choosing this path. I'm living each and every second of my life with wonderful people that surround me for the past years.


Our time together almost come to an end. but true friendship never ends. May our path crossed again in coming future.

15.12.11

Ruang waktu

Tak semua orang suka dengan orang yang suka masuk campur hal orang lain. Walaupun niat yang baik untuk baikkan orang, tapi itu pun termasuk dalam masuk campur hal orang. Lagi-lagi kalau orang tu taklah rapat sangat dengan kita.


Saya secara peribadi tidak suka dengan situasi begitu. Dulu-dulu pun pernah ada orang cuba menjadi hero dalam masalah saya dan saya secara tegas menolaknya, malah masalah saya pula menjadi bertambah rumit. Belajar untuk menghormati 'privacy' hidup orang lain apatah lagi kalau dia tidak pernah mengadu domba kepada kita atau meminta pendapat kita.


Sebab itu juga, bila ada 2 orang kawan saya berselisih faham, saya membiarkan mereka untuk menyelesaikan sendiri. Saya hanyalah orang luar yang mendengar cerita tapi bukan saya yang merasa. Saya percaya mereka akan selesaikan sendiri atas nama persahabatan. Dan kini, mereka kembali akrab seperti dulu.


Kadang kala manusia perlukan ruang untuk memuhasabah. Kadang-kala dia terlalu banyak bersabar dan toleransi sehingga perkara kecil membuah menjadi perkara yang besar. Kadang-kala akibat dari salah sangka dan salah faham dengan situasi masing-masing.


Pentingnya, manusia perlukan ruang dan waktu. Jika kita betul-betul seorang sahabat, berikan dia ruang untuk menyelesaikan sendiri. Percayalah yang segalanya akan bertambah baik.

6.12.11

Literature


But since we see everyday that where there is affection, young people are seldom withheld by immediate want of fortune from entering into engagements with each other, how can I promise to be wiser than so many of my fellow creatures if I am tempted, or how am I even to know that it would be wisdom to resist? All that I can promise you, therefore, is not to be in a hurry. I will not be in a hurry to believe myself his first object. When I am in company with him, I will not be wishing. In short, I will do my best.

Elizabeth Bennet: Pride and Prejudice pg 141

I've been meaning to read Jane Austen books, one of it is Pride and Prejudice. Alhamdulillah, after finish reading To kill a mockingbird - Harper Lee, my passion to read English literature increases. However, I find that To kill a mockingbird is easier to understand (maybe because it is classic of American literature) compared to Pride and Prejudice (English literature).


Half way to go. It is getting more and more interesting in each pages.

4.12.11

Aiskrim potong


Masa kecil dulu, bila tiba musim cuti sekolah, saya akan dihantar oleh abah untuk duduk di kampung bersama sepupu untuk menemani nenek. Kampung nenek di ceruk felda namun dilengkapi dengan Astro, komputer dan Video Game yang kebanyakannya di bawa oleh sepupu dari bandar metropolitan.


Salah satu aktiviti kegemaran saya di kampung bila nenek meminta saya untuk mencabut uban di kepala dan saya akan mendapat upah seringgit (duit syilling lama berwarna emas). Abah memang tidak memberi duit saku ketika di kampung, jadi duit seringgit dari nenek memang terasa berharga untuk membeli makanan-makanan segera.


Makanan kegemaran saya adalah ais krim potong berperisa kacang merah yang berbalut kertas putih dan berharga 20 sen. Ah, enaknya menikmati ais krim potong selepas penat berlari dan bermain di terik mentari.


Baru tadi, si dia membelikan sekotak ais krim potong kepada saya. Terasa terharu kerana diberi secara mengejut begitu. Dia barangkali tidak kaya harta untuk membelikan saya intan permata namun keperihatinannya pada setiap cerita cerita saya, sangat saya hargai.


Dia membeli hati saya dengan memberi perhatian kepada perkara kecil tapi bermakna dalam hidup saya. Ais krim potong terasa lebih berperisa.