29.4.12

Public Affection Disease

Ada seorang hamba Allah dalam facebook tak lama dulu pernahlah tegur pasangan yang berkahwin agar menjaga tata susila dan tingkah laku bila bergambar dan letak dalam facebook. Saya pun bersetuju dengan cepatnya sebab saya perasan beberapa orang pasangan di facebook saya yang lepas berkahwin, banyak yang letak gambar cium-cium dan peluk-peluk. Saya tahu mereka ni memang dah halal pegang semua tu tapi semua benda ada batasnya. Janganlah sampai apa yang kita letak di facebook atau blog - contohnya, boleh menjadi sumber kejelikan di hati orang lain.


Tiba-tiba ada hamba Allah yang lain butthurt tak tentu pasal, menghentam kononnya mereka semua ni dah berkahwin, ikut suka hati anak usus mereka la nak buat apa, pergilah sound ramai lagi yang couple yang terang benderang haram tu. Bila saya baca komen macam tu, saya sendiri rasa butthurt pulak. haha. Hamba Allah ni boleh tahan alim, cakap macam otak tu ada selapis je neuron. Kalau kes couple letak gambar cemolot tu memang sah-sah lah salah dan berdosa tapi orang tegur yang BERAGAMA ni atas dasar kasih sayang. Jangan jadikan sesuatu yang halal sebagai fitnah pulak. Fahamkan apa maksud yang cuba disampaikan sebelum nak meroyan di facebook tu.


Sama macam kes bila orang tegur filem-filem yang kononnya islamik di Malaysia ni. Temanya islamik tapi ada pulak scene hero dan heroin berdua-duaan balik surau tengah malam. Perkara macam ni lah akan timbulkan kekeliruan kepada penonton umum sebab temanya islamik seakan-akan membenarkan budaya salah yang ditonjolkan itu. Kalau cerita Lagenda budak setan tu contohnya, orang memang dah sedar dan tau awal-awal yang adegan hero-heroin berpelukan tu salah tapi bila guna tema islamik dan tonjolkan imej yang salah, mestilah perkara tu dikritik.


Maaf kalau bahasa yang digunakan dalam entry ni agak kasar dan harap tak ada manusia akan butthurt nanti. Saya pun tak tau di masa depan kalau saya sendiri akan letak gamba cemolot dengan suami tapi harapnya tidak. Kita semua hidup bermasyarakat, apa salahnya ambil bahagian menjadi masyarakat yang menjaga keharmonian setempat. Bahagia macam mana pun dengan pasangan kita, it doesnt have to be a public affection.

26.4.12

Menjadi rasional dengan agama.

Kadang-kadang bila tengah malam, saya teringat dekat arwah abah dan menangis. Biasanya mesti ada sebab kalau tiba-tiba teringat tapi memang tipulah hati tak sayu. Nak sebut perkataan 'arwah' tu pun rasa tersayat hati. Saya tak pernah tunjuk dekat umi semua kesedihan ni sebab saya tahu, betapa sedih dan sayunya jiwa saya, hati umi pasti berkali-kali ganda sedih. Dia kehilangan kekasih hati dan pengubat jiwa lara buat selamanya. Dia terpaksa membesarkan 5 orang anak remaja di usia yang masih muda seorang diri, tiga daripadanya adalah lelaki. Imagine how hard it is for her to endure all these pain.


Sepuluh tahun lepas, saya selalu terfikir macam mana kehidupan saya boleh berubah 360 darjah. Hidup yang penuh warna-warni boleh bertukar jadi suram dalam sekelip mata. Rasa macam tak percaya yang semua benda ni terjadi dekat keluarga kami - bukan ke kisah anak yatim semua ni ada dalam Bersamamu je ke? Itu yang saya selalu fikir lepas Allah tarik nyawa abah. Saya macam tak dapat terima hakikat semua ni terutama bila kawan-kawan dekat sekolah duk tanya macam-macam. Dalam 40 orang pelajar kelas tu, sayalah seorang anak yatim tu. Sedih kan bila orang duk cakap pasal father's day, kita senyum sikit-sikit konon tak sedih walaupun hati dah hancur remuk pun.


Life gets better by year, then. Bukan secara drastik tapi secara perlahan-lahan. Saya selalu fikir positif dengan semua ini. Allah sayang saya lebih sebab orang lain mungkin boleh gila kalau duduk dalam situasi ni. Allah tahu saya mampu harungi semua ni. Kemuncak segala-galanya adalah agama. Tanpa agama, mungkin saya tak mampu nak terus kuat. Agama yang memberi segala rasional dengan apa yang terjadi. Agama adalah solusi jiwa saya. Segala apa yang terjadi dalam hidup ini, saya jadikan sebagai pemangkin untuk terus berjaya. Orang lain pergi interview belajar lepas SPM dengan mak apak, saya pergi naik bas sampai eksiden hampir masuk gaung. Tapi saya lepas pun interview tu tanpa sokongan moral bapak dan almost death experience tu.


Sebab apa saya cerita semua ni? Nak tagih simpati orang ke? Sedikit pun tak. Saya nak cerita yang semua orang pun ada kepayahan hidup. Ramai lagi yang teruk daripada kita ni. Ada yang tak kenal mak ayah dari kecik. Ada yang ditimpakan sakit tenat. Ada yang keluarga berpecah belah. Kalau mereka semua boleh lalui semua tu dan berjaya, apa lagi alasan yang kita ada? Kenapa nak berkeluh kesah dengan masalah yang tak seberapa? Hidup jangan terlalu banyak merungut tapi banyak-banyak rasa bersyukur. Kalau Allah bagi roadblock dalam hidup, jadikan semua tu batu loncatan untuk lebih berjaya.


Buktikan dengan manusia diluar sana, kau manusia yang tak ada apa-apa tapi masih boleh berjaya!

25.4.12

Little Munchkin

Experience is the best teacher in life. As I was watching my little nephew, learning to stand up still at this early age, I really believe those sayings. It took a few weeks for him to grasp the idea of standing up. He fell countless time and had bumps all over his body. Yet, he never gave up and tried his best to do it because he knew that if the adult could do it, he definitely can do it too. The fell wasnt easy though. It hurts and he cried hard every time. When I was in panic -seeing him to fall from the stairs- my heart was indeed skipping a beat. And I end up scolding him because I was damn worried. Yes, he cried even harder afterwards.


When we were little kids, it easier to grasp the idea of not giving up. We saw the adult did it, we believed we can do it as long as we worked hard and never gave up. We succeeded to walk and run even though we fell many times. Nobody says it's easy but it is never impossible. 


People said that human being cant fly. Then the Wright brothers proven it otherwise. It is a matter of thinking. It is always a BS for people like me to say all these mushy inspirational words but somebody has to say it out loud. Hope is there as long as you never giving up.

Little munchkin

17.4.12

Tanggungjawab Sosial

Bagi yang tidak mengenali saya, saya sebenarnya sangat suka menulis. Ketika di bangku sekolah saya selalu menulis cerpen-cerpen di atas kertas kajang dan memberinya kepada rakan taulan membacanya. Bila saya tahu cara untuk mengunci dokumen di komputer, barulah saya mula menulis di komputer dan mencetak keluar untuk dibaca oleh sahabat handai. Saya dikenali oleh teman sekolah dengan minat mendalam terhadap penulisan. Saya mula menulis cerpen pertama ketika berumur 12 tahun dan melarat sehingga akhir tingkatan lima. Genre penulisan saya bermula mengenai kehidupan, kekeluargaan dan persahabatan. Bila menginjak ke tingkatan dua, saya mula menulis topik percintaan. Itu adalah fasa paling bodoh dalam hidup kerana saya terlalu terpengaruh dengan novel-novel cinta alaf 21 ketika itu walaupun saya sendiri tak pernah bercinta. 


Saya menemui cahaya ketika di tingkatan empat, saya memilih untuk membaca buku 1511H [Kombat] oleh Faisal Tehrani. Buku itu telah membuka mata saya seluas-luasnya. Beberapa minggu saya bagaikan dalam igauan, saya tak pernah terasa begitu terkesan dengan sebuah buku. I'm digging his books. Saya mula mencari semua karya FT di perpustakaan sekolah dan turut membelinya demi nama membaca. Saya terlalu gilakan hasil kerjanya. Saya mula meninggalkan novel-novel cinta secara beransur-ansur. Saya masih membacanya sehingga kini tetapi tak lebih sebagai chick-flick. Saya mula melihat bidang penulisan sebagai satu tanggungjawab, paling kurang tanggungjawab sosial kepada ummah manusia.


Saya membaca buku Noor Suraya yang masih berkisar topik cinta tetapi cinta yang beradab dan beradat. Saya mengenali Rnysa melalui bukunya di atas talian yang bertajuk 'Relevenkah aku di hatimu?' dengan singkatan RADHA. Melalui Rnysa yang ketika itu bukunya masih belum dicetak dan Noor Suraya belum lagi membuka syarikat penerbitan buku sendiri (Jemari Seni), saya menjumpai Hlovate. Saya membaca kesemua karyanya di atas talian. Saya sekali lagi menjadi gila, saya sanggup tidak belajar untuk peperiksaan hanya untuk menghabiskan semua bacaan saya. Ketika itu Hlovate belum betul-betul terkenal. Bila saya bercerita kepada kawan-kawan, mereka tidak mampu fahami kegilaan saya. Tapi kini Hlovate menjadi fenomena, bukunya tak pernah berhenti di ulang cetak.


Ramai orang berkata yang Faisal Tehrani merupakan seorang syiah. Saya membaca banyak bukunya namun tidak satu pun membuat saya mahu menjadi seorang syiah. Saya masih seorang pengikut ahli sunnah wal jamaah. Dia adalah penulis pertama yang membuka mata dengan bidang penulisan. Dia menyedarkan saya tanggungjawab setiap orang untuk menghasilkan sesuatu yang bermanfaat. Noor Suraya pula menyedarkan saya tanggungjawab seorang penulis untuk mendidik pembacanya walaupun tema cerita masih mengenai cinta. Saya mungkin satu hari nanti akan terbitkan buku sendiri dan saya percaya ia pasti bertemakan cinta.


Mungkin kerana itu, saya cepat marah dan berang bila satu-satu artis/selebriti menghasilkan karya tanpa arah tujuan. Saya rasakan semua perkara menjadi sia-sia jika dibuat tanpa tujuan yang kukuh. Apatah lagi mereka semua mempunyai circle of influence yang besar. Rugi seruginya jika platform yang ada, tidak digunakan sebaiknya.

16.4.12

The darkest side of me

Siang tadi saya tengok rancangan gosip di televisyen. Ada seorang artis bila ditanya tentang lagu-nya yang mungkin di-ban oleh kerajaan Malaysia menjawab; It is just a song. 


Peh, darah rasa membuak-buak dengar jawapan agak bodoh tu. Buat lagu dan menyanyi dan bagi jawapan macam tu. Tak ada lah saya sokong mana-mana pihak pasal lagu tu tapi jawapan artis tu memang buat saya rasa annoying. Gaya cakap macam menyanyi sekadar untuk kejar glamor, pandai pulak cakap lagu tu seni. Tak ada makna seni kalau tak ada tujuan. Kau menyanyi lagu sampah ke cinta ke apa mesti ada tujuan. Buat lagu, nyanyi lagu mesti ada niat nak sampaikan mesej; samada mesej yang bagus atau tak itu isu kedua. There is no such thing as it's just a song. 


***

Saya rasa saya ni memang suka hati je senang nak annoying dengan manusia. I hate people as much as I love people. But I dont go around and spreading hatred. Biarlah sifat kekejian dan kebencian tu saya simpan sendiri, bukan untuk dicanang-canang di facebook- sebagai contoh. Kadang-kadang pelik bila tengok manusia dalam facebook saya yang suka tulis benci membenci. 


My other half is the only one who knew the darkest side of me. Dia adalah pendengar yang terbaik. Dan bila saya bercerita akan sifat keji saya yang membenci manusia, dia hanya mendengar dan mengutuk saya kembali. haha. Dia tak pernah terjejas dengan cerita-cerita buruk begitu. Dia tak pernah terpengaruh dengan cerita-cerita busuk saya. He knows that I hate half of the people that I knew, so he cant possibly hate as much. That's make him the best partner so far. My ultimate best-friend - inshaAllah.


So, moral of the story - stop spreading hatred. Be responsible for what you write and say. Inspire people. 

13.4.12

Muzik - Versus

Saya dibesarkan dengan pengaruh kuat oleh tiga orang abang dan sepupu-sepupu lelaki. Ini adalah hakikat, bukan sesuatu yang dibanggakan. Salah satu pengaruh terkuat mereka dalam hidup saya adalah dalam bidang muzik. Saya membesar dengan muzik yang didengar oleh abang-abang saya. Abang saya yang sulung memberitahu yang pemuzik sebenar adalah mereka yang tahu bermain alat muzik, bukan hanya sekadar mempertaruhkan vokal seperti Boyband yang banyak naik waktu saya remaja.


Itulah kata-kata azimat abang yang membuka mata saya untuk menilai satu-satu muzik dan saya masih memegangnnya sehingga kini. Ketika kecil, kami menyanyikan lagu XPDC sebagai lagu road trip ketika menghantar adik-beradik pulang ke asrama jauh di utara atau selatan tanah air. Saya tidak mengenali mana-mana Boyband (Westlife, BSB, etc) sehinggalah saya menginjak remaja dan dipengaruhi oleh teman sebaya. haha. Mungkin, inilah faktor sebenar kenapa saya tidak pernah meminati penyanyi-penyanyi korea.


Baru tadi saya menonton rancangan realiti baru di TV 9 yang bertajuk Versus. Menampilkan lima kumpulan muzik untuk bertarung selama lapan minggu dan kumpulan-kumpulan tersebut merupakan; 6ixthSense, Black Parallax, Go Gerilla!, Hujan dan Sofazr. Saya sejujurnya merupakan peminat Aizat Amdan kerana kreativitinya sebagai pemuzik. Saya juga peminat Hujan ketika awal-awal kemunculan Hujan kerana lirik lagunya yang sangat jujur. Lalu, rancangan ini mempunyai impresi awal yang baik terhadap saya.


Usai menontonnya baru beberapa minit tadi saya membuat kesimpulan yang saya sangat menyukai konsep rancangan ini. Lima kumpulan ini bertanding untuk menggubah balik lagu lama dengan gubahan baru yang lebih segar dan kontemporari. Ini adalah rancangan realiti (muzik) yang betul-betul mencabar kreativiti pesertanya. Ini adalah mengenai seni - mengikut perkiraan saya.


Lima persembahan setakat ini, Black Parallax telah memukau saya dengan persembahannya. Black dengan kekuatan vokalnya dan susunan muzik yang segar dan kekal menarik. Hujan mengecewakan saya dengan adunan Dubstep kerana saya sememangnya kurang menggemari elemen elektronik di dalam lagu. Selain Black, vokalis Sofarz turut mencuri tumpuan saya dan turut menerima pujian daripada ketua juri, Jennifer Thompson.


Saya bakal menjadi penonton tegar rancangan ini. Selamat tinggal Mentor dan Mania!

7.4.12

What doesn't kill you makes a fighter.

In the movie The Dark Knight (2008) if you remember, Harvey Dent (later known to be Two-face in Batman series) said; The night is darkest just before the dawn.

It is a hope that people plant in mind that after all the hardship and difficulties, we will finally see a brighter day. We will be rewarded. We just need to struggle through the night and something good is awaited. Yes, we all heard about it. The rainbow after rain and storm. The light in the end of the tunnel. But all of these did not matter if we were still in the dark. Until we can see the sun rises, we can never really believe in all these soothing words. Words are only a theory until it is proven.

People can talk and give you any sort of positive words but in the end of the day, reality will hit you hard. You are still in the dark, without a glimpse of any light. How long it will took before your hope shatters? How long can you keep your faith to see a better tomorrow? Will your spirit falters before the rain stops?

The word is to not give up. You will never know what is waiting for you, until you reach the destination. You're much stronger than you think you are. Just like Kelly Clarkson said; What doesn't kill you, makes you stronger. What doesn't kill you makes a fighter.