3.5.12

Babi

Semalam saya bersembang dengan umi di meja makan. Lewat petang, suhu pun sedang-sedang dengan angin petang membayu, otak melayang-layang dengan pelbagai benda yang terjadi di tanah air tercinta.

"Umi, Allah suruh kita benci babi ke? Bukan ke kita setakat tak boleh sentuh dan makan ke?" 
"Rasanya tak ada pun dalam Quran cakap kena benci babi. Kan babi tu makhluk Allah jugak." 
"Habis tu, kenapa ramai orang benci tak tentu pasal? Buat muka jijik bila tengok babi."

Hakikatnya, macam tu lah orang Islam di Malaysia. Suka salah faham dengan perkara yang tak patut. Bila seorang polis pukul orang, habis semua polis kat Malaysia di bencinya. Balai polis diludah-ludah. Malunya membaca kata-kata orang begini yang kononnya peka politik tapi dangkal berfikir.

Kenapa bila kita nak naikkan bangsa kita kononnya tapi kita mesti tanamkan sifat membenci kaum lain? Waktu tingkatan lima dulu, cikgu sejarah saya suka menaikkan isu ketuanan melayu. Dulu tu terpengaruh jugak sikit tapi bila dah besar, terus rasa semua tu mengarut. Sedihnya bila bangsa sendiri masih berfikir terbelakang sehingga ke 50 tahun dulu.


Teringat cerita seorang pensyarah yang berasal dari Australia yang tertekan bekerja di Malaysia kerana katanya orang Malaysia (spesefiknya melayu) terlalu kuat perasaan iri hati sehingga mensabotaj hasil kerjanya dan cuba melobi pihak atasan untuk menjatuhkannya. Kita sanggup berusaha menjatuhkan orang lain berbanding berusaha lebih kuat untuk menjadi lebih baik. Sedihnya.

No comments: